Monday, May 18, 2015

[Video] Tun M Wajar Minta Maaf Pada Speaker Dewan Rakyat Kerana Terfitnah


Statement yang disampaikan oleh Tun Mahathir selepas forum Bicara Negarawan di Ipoh hujung minggu semasa sidang media, sepatutnya tidak harus berlaku kerana jika difikirkan persoalan dan jawapan yang diberikan langsung tidak diperlukan buat masa ini.

Apakah dengan membuat spekulasi mengenai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah meletakkan jawatan dapat menarik sokongan orang ramai terutama yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO selama ini akan bertaut?

Saya pasti statement tersebut hanya untuk memberitahu pada penyokongnya (Tun M) bahawa Perdana Menteri sudah tidak mendapat kepercayaan daripada Speaker Dewan Rakyat dan kemungkinan beliau sudah letih kerana tidak terlayan dengan politik yang semakin tidak keruan hari ini.


Mungkin maklum balas @ info yang diterima oleh Tun M tak tepat. Biasalah tu, dalam PRU pun banyak laporan tak tepat.#TunMTakSalah#KekalNajib
Posted by Rezqeen Hill on

Itu hanyalah ramalan yang barangkali semua orang boleh fikirkan bersama Tun M.

Tapi jika hendak difikirkan bebanan yang ditanggung Tan Sri Speaker hanyalah di dalam Dewan Rakyat saja. Paling kritikal adalah pendebatan tak terkawal oleh Ahli² Parlimen dan juga Dewan Rakyat terpaksa bersidang sehingga ke awal pagi. Namun bukan beliau seorang saja yang kerap menjadi Pengerusi, kadang² digantikan oleh Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said.

Kenyataan Tun M yang memaklumkan bahawa Tan Sri Speaker Dewan Rakyat telah meletakkan jawatan dan jawatan tersebut kini disandang oleh Timbalannya amat pelik kerana jika difikirkan apakah kriteria serta position beliau di dalam kerajaan yang membolehkan beliau menghebahkan berita berkenaan ketika sidang sedang bercuti.

'Berita' perletakan jawatan tersebut menjadi viral di dalam laman media sosial selepas forum berkenaan dan turut dipick up oleh media² tempatan. Namun di sebelah malamnya pula, Tan Sri Speaker menafikan perkhabaran berkenaan dan surat pekeliling mengenai juga telah dihebahkan.


Dalam surat berkenaan juga, Tan Sri Speaker turut memaklumkan bahawa beliau akan bertugas seperti biasa.

"Saya akan bertugas seperti biasa sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 mulai pada 18 Mei hingga 18 Jun 2015. Saya akan mempengerusikan Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Parlimen Dewan Rakyat bagi dua ahli baru daripada Parlimen Kawasan Rompin dan Kawasan Permatang Pauh serta urusan-urusan mesyuarat lain yang ditetapkan pada 18 Mei 2015." - 16hb Mei 2015

Saya merasakan kenyataan yang dihebahkan daripada butir bicara Tun M sebelum ini tidak benar dan amat wajarlah sekiranya Tun M sendiri mengeluarkan kenyataan memohon maaf daripada Tan Sri Speaker.

Pada perkiraan saya, kenyataan tersebut telah menjadi fitnah kepada Tan Sri Speaker. Amat wajar Tun M memohon maaf serta menginsafi atas kenyaaannya dan tidak membuat apa² lagi kenyataan yang tidak menguntungkan rakyat terutama menarik sokongan daripada semua pihak terhadap kerajaan BN.

Ada kawan-kawan saya kata, Tan Sri Speaker perlu membuat laporan Polis serta menfailkan saman terhadap Tun M. Ini bukan soal nak saman ker apa tapi ini soal berita tak benar dan telah dinafikan. Tun M, mantan PM yang dihormati dan tak perlu diperlakukan sedemikian rupa.

Apa yang penting, kalau nak menyokong Tun M, sokonglah dengan cara berhemah. Tak perlu menghina dan mencaci orang yang menyokong PM hari ini.

7 comments:

  1. Aku dah naik menyampah dgn Mahathir ni... Tak mbantu lgsg apa yg dia ckp tu...

    ReplyDelete
  2. UMNO sudah busuk. Salah Presiden. Tun Mahathir dah dedah. Kita tengok speaker parlimen berani saman atau tak. Kalau tak berani saman, tu maknanya speaker yg buat U-turn.

    ReplyDelete
  3. Najib kutip GST pun aku tak menyampah, bagus siap buat hutang lagi banyak-banyak supaya generasi kita boleh rasa seperti berada di Greece.

    ReplyDelete
  4. BILA BALIK DARI UMRAH....HARAP-HARAP DIANUGERAHKAN UMRAH MABROORO....JADI AYAHDA TM MUHASABAHLAH.....DAH DIBERI PELUANG MENGUNJUNGI BAITULLAH....KALI INI.....BESOK BELUM TENTU LAGI. BERISTIGHIFARLAH....AMIN

    ReplyDelete
  5. BILA BALIK DARI UMRAH....HARAP-HARAP DIANUGERAHKAN UMRAH MABROORO....JADI AYAHDA TM MUHASABAHLAH.....DAH DIBERI PELUANG MENGUNJUNGI BAITULLAH....KALI INI.....BESOK BELUM TENTU LAGI. BERISTIGHIFARLAH....AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang aku harapkan. Tapi lain pulak jadinya.

      Delete
    2. Itulah yang aku harapkan. Tapi lain pulak jadinya.

      Delete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...