Thursday, May 21, 2015

Video Ucapan TPM Leaking Keluar Dari Kursus UMNO @Zahid_Hamidi Tolong Siasat !! @NajibRazak


Saya tak berminat nak ulas banyak mengenai kursus KERIS 2314 yang dianjurkan oleh Biro Latihan UMNO Malaysia tetapi saya berminat nak tanya di mana integriti pegawai² yang terlibat di dalam pelaksanaan program berkenaan?

Saya akui pernah mengikuti kursus berkenaan dan saya amat kagum dengan cara pelaksanaannya daripada mula sehingga tamat dan ia benar² memberi kesan kepada saya dan ahli² UMNO yang lain agar sentiasa bermuhasabah diri untuk mempertahankan perjuangan Agama, Bangsa, Raja & Tanah Air.

Sepanjang kursus berkenaan, kerap diulangi tidak dibenarkan membuat sebarang rakaman dalam bentuk visual mahupun audio. Bagi diri saya ianya amat menyedihkan kerana intipati kursus berkenaan harus dikongsikan bersama ahli² UMNO Bahagian yang tidak dapat menyertainya. Tetapi kerana ianya adalah kerahsiaan yang tinggi buat UMNO, maka saya akur dan tiada satu pun salinan melalui tulisan dan apa jua dibuat demi menghormati permintaan penganjur.

Tetapi sebaliknya juga berlaku dan amat menyedihkan hari ini apabila rakaman ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dirakam secara tersembunyi pada program berkenaan. Hasil penelitian saya melalui video berdurasi 7 minit 4 saat berkenaan mendapati ianya bukan dirakamkan oleh peserta tetapi ianya dirakamkan oleh urusetia yang berkepentingan di dalam usaha melaga²kan pemimpin hari ini.

Seperkara yang saya ingin kongsikan sepanjang program berkenaan, beberapa penceramah menegaskan perlu adanya kesetiaan kepada parti dan membina kekuatan bangsa bersama pemimpin hari ini. Namun bagaimana pula ceritanya apabila video tersebut boleh leaking keluar daripada program berkenaan. Adakah apa yang diucapkan tersebut hanyalah sandiwara penceramah saja atau ianya lebih kepada retorik memenuhi pembentangan mengikut keperluan KPI sahaja?

Ini amat membimbangkan saya dan juga ribuan mungkin jutaan ahli² UMNO yang lain.

So saya ingin meminta jawatankuasa Biro yang dipengerusikan oleh Zahid Hamidi untuk segera lakukan siasatan, siapakah dalang yang merakam video ini. Pastikan tindakan tatatertib diambil dan bukan saja tindakan buang daripada jawatankuasa Biro tetapi tindakan buang keahlian harus dicadangkan kepada Lembaga Disiplin UMNO Malaysia.

INI PROGRAM ADALAH RAHSIA BESAR UMNO !!!

My Photo

Siapa bagi blogger belaan ini (gambar atas) kebenaran mengeluarkan video tersebut? Saya pasti video tersebut dikeluarkan bukan arahan daripada Muhyiddin Yassin mahupun Zahid Hamidi. Tentu dikirimkan oleh perakam kepada blogger berkenaan (makan duit kerajaan tapi balun kerajaan) untuk disebarkan dengan niat merosakkan hubungan baik antara pimpinan UMNO.

Saya menyeru kepada semua pihak Pro Najib & Pro Tun M, inilah masanya kita bersatu menentang individu & kumpulan yang sengaja melaga²kan pemimpin UMNO kita hari ini. Stop war and kill this bastard !!


P/s : Bapa saya seorang veteran UMNO dah tonton video ni tadi, dia kata untuk apa dikeluarkan video ni waktu sekarang? Sengaja nak jatuhkan pemimpin atau nak bagi UMNO & BN lingkup?

8 comments:

  1. Anda terpaksa menerima kenyataan bahawa Najib failed big time sbg perdana menteri sampai membenarkan 1mdb beroperasi sedemikan rupa. Beliau juga gagal menyampaikan maklumat benar dan seling berbelit belit intipati kandungannya... bersedialah bahawa jika tiada apa apa yg dilakukan UMNO akan berkubur jika Najib masih lagi bermuka tebal tidak mahu melepaskan jawatan PM...Untuk makluman di bilik guru, dari 97 guru yg ada tidak seorangpun yg menyokong Najib...

    ReplyDelete
  2. Kasi setel 1mdb dlu lah... takkan issue sebesar ini pun nak diamkan... Sampah bertimbun2 habuk disalahkan....

    ReplyDelete
  3. Bro,

    Why are you scared of the rakyat knowing the truth nothing but the truth?

    Why are you concerned about the rakyat knowing TPM's views?

    Any rakyat in this country has the right to express their opinions...why are you so scared of possibilities of fall out between the top leaders?

    Do you always live in fantasy? And ignore reality?

    Can not you separate truth from falsity?

    wallahuaklam

    ReplyDelete
  4. ni lah blogger pre-paid bangang yang paling sundal. Video yang menyentuh kebenaran macam ni pun nak suruh Zahid siasat.. memang kelakarla bro. Ironically for you, the war has already started and the bastard is the Kangkung..

    ReplyDelete
  5. lepas siasat siapa yg 'leak' video ni, siasat pula 1MDB

    mimpi memang sedap, bila dikejut memang terasa marah

    ReplyDelete
  6. x yah emosi sangat. 1MDB tu hutang banyak tapi aset pun banyak . Kalau dulu hutang untuk beli aset, sekarang juallah sebahagian aset untuk bayar hutang kecuali aset yg dapat menjana pendapatan mencukupi untuk menampung. Inshallah ada jalan keluarnya.

    ReplyDelete
  7. Muhyidin tak cakap jatuhkan Najib. Muhyidin cuma mahu SEMUA Lembaga Pengarah 1MDB (termasok penasihatnya, mudah-mudahan.......) diambil tindakan. Tak kan itu pon nak marah?

    p/s : Aku ahli UMNO dan aku bersyukor video ini didedahkan. Suara aku sebagai ahli UMNO tak laku ke?

    ReplyDelete
  8. tak rugi apa lah aku cakap bkn pasal content ucapan TPM tp aku lebih risau kalau video mcmni boleh leaking apatah lagi benda² sulit UMNO akan dibawa keluar sesuka hati. think about it~

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...