Full Width CSS

Bakar Bendera #DAPig : Fahami & Ikuti Peraturan Parti Sebelum Hentak Setiausaha Agung #UMNO @TengkuAdnanReal


Statement Tengku Adnan Tengku Mansor​ yang tak disenangi ramai pihak terutama ahli-ahli parti yang begitu tegar sekali membuat pelbagai kenyataan dan tohmahan kerana menyirap kononnya Ku Nan bakal mengambil tindakan terhadap mereka yang membakar bendera #DAPig.

Ramai marah kononnya Ku Nan nak back up DAPig, ada pula yang cakap Ku Nan sengaja buat orang UMNO marah dan macam² lagi lah dakwaan.

Relaks..

Pertama, jangan baca tajuk. Pastikan baca keseluruhan artikel @ berita dahulu sebelum membuat tafsiran sendiri. Ku Nan sendiri menyatakan semasa ditanya wartawan,

"Saya tidak tahu siapa yang buat, ada yang tuduh Umno buat.

"Kita tidak tahu tetapi kalau Umno buat kita akan ambil tindakan kepada ahli yang buat perkara ini kerana ini bukan sikap Umno.

"Orang boleh guna nama Umno. Betul atau tidak kita tidak tahu," katanya.


Beliau menjawab pertanyaan wartawan secara spontan. Korang yang ahli UMNO faham tak apa maksud kenyataan Ku Nan ni?

Kedua, korang kenal ker siapa yang bakar bendera DAPig tu? Atau korang memang 100% yakin semua yang terlibat tu ahli² UMNO. Siapa boleh jadi saksi dan beritahu nama / details mereka yang terlibat kepada pihak Polis.

Tetapi harus diingat, siapa bocorkan nama dia dah jadi talibarut hahaha. Kalau nak bagi kerjasama Lembaga Disiplin UMNO, boleh jer lah. Pergilah.

Ketiga, Ku Nan bercakap atas dasar peraturan parti yang melarang ahli² nya bersikap / berkelakuan seperti di dalam Perlembagaan UMNO yang tertera.

FASAL 20 - DISIPLIN


20.1 - Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan Lembaga Disiplin dan menentukan peraturan-peraturan, kuasa-kuasanya dan mengenakan hukuman kerana melanggar peruntukan perlembagaan ini dan kesalahan lain yang disenaraikan di dalam Tataetika Ahli UMNO atau mana-mana peraturan lain. 

20.2 - Ahli-ahli Lembaga Disiplin hendaklah dilantik oleh Majlis Tertinggi yang terdiri dari ahli-ahli yang tidak berjawatan dalam parti dan tidak mempunyai kepentingan dalam pemilihan.

20.3 - Majlis Tertinggi boleh menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana Jawatankuasa di peringkat Perhubungan Negeri atau Bahagian.

20.4 - Tanpa menyentuh hak Majlis Tertinggi, Lembaga Disiplin di peringkat Badan Perhubungan Negeri atau Bahagian, setelah mendengar dan berpuas hati terhadap pelanggaran peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO, bolehlah mengenakan mana-mana hukuman setakat yang diperturunkan kuasa oleh Majlis Tertinggi.

20.5 - Tiap-tiap peringkat parti hendaklah melaporkan kepada Lembaga Disiplin mengenai kegiatan mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin parti untuk tindakan selanjutnya.

20.6 - Seseorang ahli atau pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan ke atasnya boleh merayu kepada Majlis Tetinggi.

20.7 - Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.

20.8 - Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:

(a) Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;
(b) Mengikut perintah-perintah parti;
(c) Menjalankan dasar-dasar parti;
(d) Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti;
(e) Menjaga rahsia-rahsia parti;
(f) Memelihara nama baik dan maruah parti;
(g) Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.

20.9 Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut dibawah:

(a) Diberi amaran;
(b) Digantung hak-haknya dalam parti;
(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;
(d) Dipecat daripada parti;
(e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.

Jika setiap ahli² UMNO yang mencemuh Setiausaha Agung UMNO ini faham dan ketahui Perlembagaan UMNO, kan mudah ceritanya. 

Keempat, kalau dilihat pada isu di Penang. Katakanlah selepas siasatan terperinci mendapati pelaku adalah ahli² UMNO. Mereka kemungkinan akan diberikan hukuman (a) Diberi amaran saja kerana perbuatan mereka jelas melanggar peruntukan Perlembagaan UMNO tetapi perbuatan tu bukan dilakukan secara kerap dan keterlaluan.

Melainkan sekiranya apa yang diimpikan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, saudara Razlan Rafii yang dikatakan mahu membakar Ibu Pejabat DAP setahun yang lepas menjadi kenyataan. Kemungkinan beliau boleh diambil tindakan lebih daripada amaran. Itu pun kalau jadi bakar lah.

So tak payah kecoh² sangat nak jadi hero & menghina orang di bulan Ramadhan yang mulia ni. Ini dugaan untuk ahli² UMNO supaya bermuhasabah diri bukannya menipiskan lagi pahala di bulan yang penuh keberkatan ini. Sembang kuat tapi zero puiii !

Fikir di luar kotak, boleh tak?

Post a Comment

1 Comments

  1. undang2 ni muncul sebab yg disentuh CINA.....masa isu kena pakai kain pelikat dan tuala di premis kerajaan, kenapa mereka yg langgar undang2 rileks je n pengarah pula yg terkocoh2 minta maaf?...hilang pula undang2 berkenaan.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..