Full Width CSS

Fakta Mengenai Projek Bus Rapid Transit #BRTSunway Yang Perlu Anda Tahu #RapidKL @NajibRazak


Kemungkinan besar bagi rakyat Malaysia, kemudahan Bus Rapid Transit (BRT) ini merupakan sesuatu yang baru di Malaysia. Ditambah lagi dengan laluan bertingkat (elevated guideway) yang berasingan dengan kenderaan awam menjadikan ia lebih tampak efisyen dan menampilkan teknologi pintar.

Selain daripada itu, bas ini yang tidak menggunakan gas mahupun minyak sebaliknya hanya mengaplikasikan penggunaan tenaga elektrik. Untuk rekod, penggunaan bas elektrik ini merupakan yang pertama digunapakai di Malaysia dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Record (MBOR).

Mengenai BRT Sunway
  1. Projek ini dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 9 Jun 2012
  2. Sistem BRT yang pertama di Malaysia
  3. Sistem BRT yang pertama menggunakan bas elektrik di Malaysia
  4. Sistem BRT yang pertama menggunakan elevated guideway.
  5. Bakal memberi khidmat kepada lebih 500,000 pengguna di sekitar Bandar Sunway & Subang Jaya
  6. Mempunyai 7 stesen dengan 1 stesen terdapat kemudahan 'Park n Ride', stesen SunU - Monash.

BRT Sunway merupakan projek usahasama di antara kerajaan melalui Prasarana dan Sunway. Bertujuan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di dalam radius sekitar Bandar Sunway.

Mengenai Projek
  1. Kos keseluruhan projek - RM634 juta
  2. Durasi pembinaan selama 27 bulan (2 tahun 3 bulan)
  3. Laluan sepanjang 5.4 kilometer (sehala)
  4. 7 buah stesen sepanjang laluan
  5. 2 buah integrasi stesen (KTM Komuter Setia Jaya & LRT USJ7

Projek BRT Sunway ini merupakan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara Pelan Transformasi Kerajaan bagi Pengangkutan Awam Bandar (NKRA UPT), Inisiatif NKRA adalah untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dari semasa 17 % daripada semua perjalanan ke 25 % pada tahun 2012.

Kapasiti maksimum penumpang 92
Mengenai Bas
  1. Sebanyak 15 buah bas digunakan dalam satu² masa
  2. Mesra awam & OKU
  3. Kelajuan 80km/j
  4. Mempunyai kamera litar tertutup (CCTV)
  5. Tempat duduk 25 & 67 penumpang berdiri
  6. Skrin elektronik paparan stesen

Post a Comment

0 Comments