Full Width CSS

@HishammuddinH2O Mengajak Orang Ramai Memanfaatkan Ketibaan #Ramadhan Bersama Ibu Bapa


Tiada perkara yang begitu menggembirakan hati seorang ibu dan bapa yang melihat anak cucu bersama² meraikan ketibaan Ramadhan di kampung halaman. Walaupun pulang sebentar untuk merasai nikmat bersahur dan berbuka puasa bersama tetapi ia cukup menggembirakan mereka berdua.

Begitulah gambaran yang cuba diberikan oleh Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin melalui ucapan / watikah ringkas sempena Ramadhan. Jom baca lagi di bawah.

Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kerana kita terus diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa tahun ini. Marilah sama-sama kita manfaatkan ketibaan Ramadhan yang penuh barakah ini, dengan melipatgandakan ibadat serta amal jariah.

Luangkanlah juga masa untuk berbuka puasa dengan ibu bapa di kampung. Mereka pasti ternanti-nanti kepulangan kita. Bagi saya, Ramadhan kali ini bawa pengertian yang berbeza. Ini kerana buat pertama kalinya, saya akan menyambut bulan yang mulia ini tanpa ibu di sisi yang telah kembali ke Rahmatullah pada Oktober tahun lalu.

Kenangan berpuasa dan berbuka bersama kedua ibu bapa pastinya menggamit hati dan sanubari saya. Kepada yang masih memiliki ibu dan ayah, hargailah mereka dan jalankan amanah dan tanggungjawab kita sebagai anak sebaik mungkin.

Bersyukurlah kerana kita dapat menjalani ibadah puasa kali ini dalam keadaan aman dan tenteram. Bayangkan nasib saudara seagama kita di negara-negara lain yang terpaksa berdepan dengan segala macam kepayahan termasuk peperangan, penindasan dan kekejaman.

Maka, hargailah tugas anggota-anggota keselamatan kita yang bertugas di perbatasan, di perantauan atau di seluruh pelusuk negara dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara. Selamat menjalani ibadah puasa. 


HISHAMMUDDIN HUSSEIN
Naib Presiden UMNO
Menteri Pertahanan Malaysia
Ahli Parlimen Sembrong

Post a Comment

0 Comments