Friday, July 31, 2015

Menteri MoA Baharu Perlu Teruskan Agenda 'Jihad Orang Tengah' @shaberyc @IsmailSabri60


Apabila melihat muka DS Ismail Sabri, perkara pertama yang saya akan ingat tentang beliau adalah perjuangan 'Jihad Orang Tengah' yang membawa maksud membebaskan golongan petani / penternak nelayan daripada terus berada dalam cengkaman dealer yang memanipulasi harga dan pasaran.

Kebiasaannya orang tengah atau peraih yang menguasai rantaian ini memang akan melalui manipulasi harga, timbangan dan bekalan input telah membuatkan sebahagian besar petani / penternak dan nelayan terikat dengan hutang yang panjang. Kewujudan orang tengah dan peranannya amat diperlukan dalam sistem rantaian bekalan makanan daripada pengeluar sehingga pengguna melibatkan banyak peringkat dan laluan.

Sebab itu satu penambahbaikan dibuat oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang berkempen jihad memerangi orang tengah dan hasilnya kesedarannya meningkat 15% dan mendapat sambutan positif daripada kalangan petani / penternak dan nelayan.

Menurut DS Ismail Sabri, beliau berbangga kerana tahap kesedaran di kalangan golongan berkenaan kian meningkat apabila kebanyakan mereka sudah mula menjual kepada Pertubuhan Peladang sekaligus menunjukkan impak positif apabila pendapatan mereka turut meningkat.

“Kita jihad sampai orang tengah ini dapat dihapuskan. Perkara ini bukan mudah sebab kebanyakan mereka yang menjual kepada orang tengah ini sudah terbiasa, jadi budaya".

DS Ismail Sabri bertemu dengan Pengarah & Pegawai² MoA sebelum
meninggalkan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, semalam.

Ini adalah salah satu mengapa artikel ini ditulis adalah saya sebagai rakyat melihat ia adalah satu perkembangan baik daripada kerajaan memerangi orang tengah yang sesuka hati menetapkan harga pasaran dan bertindak menghentikan pengeluaran barangan tanpa memikirkan kesan terhadap rakyat.

Saya secara peribadi ingin mendesak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baru, DS Ahmad Shabery Cheek supaya meneruskan agenda asal yang telah dibawa oleh Menteri sebelumnya agar matlamat asal perjuangan membela kepentingan rakyat terutama golongan petani / penternak dan nelayan terus terpelihara di samping faedahnya dimanfaatkan bersama oleh rakyat.

Mungkin Menteri baru akan menjenamakan semula Kementerian tetapi percayalah cakap saya sebagai rakyat biasa ni, penjenamaan semula tidak memberi apa² kesan hebat kepada rakyat tetapi menyambung semula perjuangan dan pelan asal sebelumnya lebih baik disamping penambahbaikan diterapkan dari semasa ke semasa.


Saya percaya jika amalan meneruskan agenda Menteri sebelum dan menambahbaikan pelan sedia ada di dalam semua Kementerian, nescaya keyakinan rakyat terhadap pemerintah akan bertambah kerana Menteri bertugas demi rakyat bukannya portfolio peribadi semata².

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...