Full Width CSS

Peserta Larian Standard Chartered KL Marathon Tempelak Kementerian @Khairykj


Tadi terbaca satu posting di Facebook mengenai luahan perasaan seorang peserta Standard Chartered KL Marathon yang sepatutnya bakal berlangsung pada 4 Oktober 2015 tetapi dipinda ke tarikh baru 10 Oktober 2015 bersempena dengan Hari Sukan Negara pada tarikh tersebut.

Untuk info, KL Marathon ini merupakan event antarabangsa yang melibatkan pelbagai latar belakang umur dan warganegara yang menyertai program tahunan ini. Namun tindakan Kementerian Belia & Sukan (KBS) yang menunda tarikh tersebut mendapat pelbagai reaksi peserta.

Ini salah seorang daripadanya.


Pada pendapat saya, luahan perasaan ini mungkin agak keterlaluan tetapi ianya adalah perkara sebenar yang dirasai oleh kebanyakan peserta mengenai penangguhan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa ini.

Manakan tidak, pelbagai persiapan telah dilakukan termasuk tempahan bilik penginapan hotel, tiket penerbangan dan sebagainya telah dilakukan. Termasuk juga dengan bayaran untuk menyertai kejohanan ini.


Tinjauan saya ke laman Facebook rasmi Standard Chartered KL Marathon mendapati bukan saja terdapat luahan perasaan peserta ini bahkan pelbagai reaksi diterima dari peserta seluruh dunia. Ada yang mempersoalkan mengapa baru diberitahu mengenai penangguhan kejohanan ini dan tidak kurang juga yang mengkritik pentadbiran KBS yang dilihat lemah dalam isu ini.

Lihat di ruangan komen tersebut.


Ada banyak lagi komen bernada kekesalan akibat terpaksa membatalkan penyertaan disebabkan tarikh yang telah ditunda atas alasan yang dinyatakan oleh KBS. 

Bagi saya, seharusnya pihak Menteri dan KBS melihat perkara ini dengan lebih terperinci. Tak salah sekiranya kejohanan besar sebegini diadakan lebih awal dari tarikh Hari Sukan Negara. Bahkan ia boleh dijadikan sebagai pra Hari Sukan Negara Malaysia sehingga pada tarikh rasmi. Sama juga seperti program² sukan yang bakal diadakan selepas Hari Sukan Negara.

Cuma apa yang saya lihat adalah, KBS tak mahu mengalah dan tetap ingin teruskan perancangan bagi memastikan Standard Chartered KL Marathon diadakan pada tarikh 10 Oktober 2015. Apa sebenarnya niat KBS?


Takkanlah KBS kekurangan dana untuk menganjurkan program sendiri bertaraf kebangsaan dan antarabangsa sehingga membuat keputusan menyakitkan hati peserta² ini. Bukannya KBS takleh anjurkan program marathon serentak seluruh Malaysia yang lagi besar penyertaannya daripada pelbagai peringkat usia.

Bukannya KBS juga tak mampu nak anjurkan program sukan peringkat parlimen² seluruh negara yang melibatkan lebih 100,000 anak muda dalam satu hari dengan penglibatan pelbagai agensi dan NGO. So kat mana silapnya keputusan menunda kejohanan antarabangsa ini?

Saya fikir, pihak Menteri dan KBS boleh terus membaca komen² negatif yang dilemparkan terhadap mereka. Sememangnya keputusan tersebut tidak membantu menambah sokongan pelbagai pihak terhadap kerajaan apatah lagi daripada pengurusan serta urusetia yang terlibat kerana mereka terpaksa berhadapan dengan kekecewaan peserta yang mahukan pulangan semula yuran penyertaan dan pelbagai lagi.


* saya takda kepentingan pun tapi menyirap bila orang marahkan kerajaan tak pasal²

Post a Comment

5 Comments

  1. assalam,kalau benarlah begitu memanglah KBS yang diketuai oleh Khairi ni bodoh piang dan sengal.

    ReplyDelete
  2. AsSalamualaikum Saudara. Saya ingin membawa perhatian saudara kepada kempen 'mengembalikan tarikh KL Marathon ke 4 Oktober' #SCKLM4Oct dan juga petisyen.

    Sila kunjung laman sesawang:

    https://www.facebook.com/pages/Bring-SCKLM-Back-To-October-4-Stop-Politicising-Sporting-Events/1011197192277453?sk=timeline

    dan juga petisyen:

    http://www.ipetitions.com/petition/bring-scklm-back-to-october-4 .

    Kerjasama, sokongan dan segala sebaran berita tentang kempen ini amatlah dialukan.

    P/S: Petisyen tersebut boleh dibuat widget yang dapat dikepilkan di blog/website saudara. Amat digalakkan untuk mendapat sokongan daripada pengunjung laman.

    Terima kasih saya ucapkan. Ramadhan al-mubarak dan Selamat HARI RAYA dalam beberapa hari lagi.

    Shad Daniels.
    https://www.facebook.com/ahmaddaud23
    https://twitter.com/JShDaniels

    ReplyDelete
  3. TQ bro for spoke for us

    - Chin, Sarawak

    ReplyDelete
  4. AWAS...satu lagi hasutan RBA DApigs celaka untuk menanam kebencian terhadap Kerajaan!!!

    JANGAN TERMAKAN RACUN RBA DAPIGS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangan jug awak, ini bukan soal membenci kerajaan. Ini soal menteri bebal macam kaldai. KJ buat keputusan bangang. Acara antarabangsa yg dah ditetapkan dipinda tarikh yg menyusahkan perancangan awal yg dibuat. Beritahu pun lewat. KBS macam tak ada takwim tahunan. Maklumlah Menteri asyik syok sendiri tapi hampeh. KJ 1

      Delete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..