Thursday, July 9, 2015

[Video] Awek Luah Perasaan Terhadap Pemandu Bas #RapidKL Dalam Facebook


Setiap hari, puluhan ribu pengguna bas RapidKL di Lembah Klang menggunakan perkhidmatan ini dari awal pagi sehingga lewat malam untuk ke destinasi pilihan masing². Pelbagai ragam dan pe'el manusia barangkali terakam dalam fikiran pemandu² bas.

Bagi seorang awek ni, beliau mungkin seorang di antara ribuan pengguna bas RapidKL yang begitu teringin mengetahui serba lanjut latar belakang serta peribadi diri pemandu bas yang membawanya menuju ke destinasi Puncak Alam.
Ikuti luahannya di laman Facebook miliknya.

"Malam tadi di takdirkan tuhan.. Aku naik bas rapid ke Puncak Alam.. aku duduk depan sekali. Sebab seat kat belakang semua dah penuh. Bas terakhir. Pukul 11 malam.
Sampai atas dari giant setia alam.. Dia tanya aku, aircond kuat sangat tak? Dia prihatin… Takut penumpang sejuk. Lepas tu dia mula bercerita dengan aku.. Pasal bas, pasal penumpang, pasal waktu bekerja, dan waktu tu aku jatuh kesian. Ya aku kesiankan dia aku kesiankan semua pemandu bas.

Kesusahan mereka tu. Yang tak mungkin ramai yang sedar dan tahu. Disebalik mulut ramah tu tersembunyi seribu kepenatan mengerah kudrat.

Bas lambat, salahkan pemandu bas itu ini…Marah pemandu bas itu ini. Pegawai datang buat random check tiket takde??? Salahkan pemandu bas tak bagi tiket. Apa dia dapat? Kena potong gaji kena gantung keja. Gaji tak seberapa tolak epf tolak socso yang tinggal berapa ratus je? Anak bini kat rumah nak belanja. Sewa rumah bil api air kena bayar. Anak nak sekolah merengek nak itu ini. Yang bujang pun ikat perut inikan pula yang dah berkeluarga.

Dia tak bagi tiket atau kau yang lari masuk buat muka tak malu ikut pintu belakang tak bayar tiket? Bas lambat kau pergi hantar email aduan kat pegawai depoh tapi kau tak tahu yang sebenarnya bas rosak tengah jalan atau macam2 masalah lagi yang mungkin kau tak tahu. Kau takde duit kecik untuk bayar 1.90 tambang!

Driver keluarkan duit dia untuk tolong kau tukar duit tapi si bangsat pergi tangkap gambar hantar email ke pegawai depoh? What the heck?!!! Apa masalah kau? Pasal kau diorang kena cas melanggar etika bekerja, kena potong gaji.

Bas terakhir pukul 11, kena hantar bas balik depoh apa semua sampai rumah dalam pukul 12 lebih. Esok pagi kalau memang jadual pagi kau agak pukul berapa diorang kena bersiap pergi kerja?? Pengakuan jujur dari driver bas ialah pukul 3.30 pagi dah bersiap ke depoh untuk ambil bas dah bergerak ke kawasan masing-masing. Kau boleh bayang tak? Sempat ke driver bas ni nak rasa tidur nyenyak?? Dengan usia diorang yang majoritinya bukan lagi muda…Kau mampu rasa tak kepenatan yang diorang rasa tu?

Aku harap lepas ni sebelum kau bertindak nak buat aduan.. Kau fikir dulu…Ya betul kau, aku pelanggan…Kita ada hak. Tapi kita kena ingat mereka ialah manusia bukan robot. Tunjukkan timbang rasa pada sesama saudara kita.
"

Ditulis : Ladyy Zee


Ada benarnya juga tulisan awek sorang ni. At least dia memahami apa isi hati seorang Pemandu Bas yang boleh diumpamakan mencari rezeki bagaikan kais pagi makan pagi saja. Bagi diri kita, mungkin kita sudah merasakan cukup dengan apa dimiliki hari ini namun bagi orang lain, ianya belum memadai.

Apa yang penting adalah sikap hormat menghormati sesama insan. Respect each others supaya kehidupan kita lebih harmoni. Tak semua orang bergelut kehidupan demi sesuap nasi.

Tonton video di bawah, erti pengorbanan mereka yang menjadi kelangsungan kepada kehidupan warga kota. 


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...