Full Width CSS

Beberapa Perkara Yang Anda Perlu Ambil Tahu Program #DoaUntukMalaysia #SehatiSejiwa


Berikut saya kongsikan untuk pembacaan dan pemahaman pembaca mengenai beberapa perkara yang perlu anda sebagai peserta bagi turut serta ke dalam program #DoaUntukMalaysia.

Sebelum anda menuju ke Dataran Merdeka, pastikan anda merancang terlebih dahulu waktu perjalanan samada menggunakan kenderaan sendiri ataupun pengangkutan awam.


Periksa Keadaan Semasa Trafik

Bagi mereka yang hadir menggunakan kenderaan sendiri, lebih periksa terlebih dahulu. Berikut cadangan laman web - Jalannow

Keburukan jika memandu kenderaan, sudah tentu jarak parkingnya terlalu jauh kerana kemungkinan besar di persekitaran Dataran Merdeka ditutup untuk lalu lintas.

Menggunakan Pengangkutan Awam

Adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan awam seperti bas dan LRT untuk memastikan ketibaan tepat pada waktu yang dijangkakan.


Makluman pengangkutan awam bas dan LRT akan berakhir (bas & tren terakhir) pada jam 12 tengah malam. Pastikan anda merancang waktu perjalanan anda sebaiknya.

Aturan Kedudukan Strategik Untuk Anda

Ini layout yang perlu anda fahami agar segala perancangan anda untuk menunaikan solat dan menjadi sebahagian peserta #DoaUntukMalaysia akan lebih mudah dan selesa.


Sebaik²nya simpan layout ini disimpan di dalam handphone anda untuk kegunaan rujukan pada hari esok.

Aturcara Program 


Aturcara di atas berguna untuk rujukan anda dan perancangan perjalanan anda kelak. Sekiranya anda sudah memahami, mohon dikongsikan bersama orang lain.

Selamat berselawat dan berdoa. Semoga tasbih dan wirid kita diterima oleh Allah S.W.T.

Jumpa di sana esok !


Post a Comment

0 Comments