Full Width CSS

Jemaah Haji Meninggal, Apa Yang Perlu Anda Tahu? @azeezputera @Tabung_Haji


Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Azeez Rahim menziarahi keluarga Jemaah Haji (JH) yang pertama 2015 meninggal dunia, Zaleha Bt Yasin yang telah kembali ke rahmatullah di Madinah kelmarin. Beliau bersama-sama YB Ahmad Nazlan Idris Ahli Parlimen Jerantut dan kepimpinan TH Negeri menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. 

Pada pertemuan tersebut, beliau turut memaklumkan bahawa segala urusan jenazah telah selamat diuruskan oleh kakitangan TH di Madinah. Allahyarhamah selamat disembahyangkan di Masjid Nabawi dan dikebumikan di Baqe' Masjid Nabawi.

Di kesempatan tersebut juga, majlis tahlil turut diadakan untuk Arwah. Pihak TH turut menghulurkan sumbangan dan derma seperti air zamzam dan wang tunai kepada waris keluarga Allahyarhamah.

Perkara Yang Mungkin Anda Perlu Tahu Mengenai Jemaah Haji Meninggal Di Tanah Suci

Kes kematian JH ketika berada di Tanah Suci sememangnya sering berlaku berdasarkan atas beberapa faktor antaranya kesihatan, wabak dan kemalangan jalan raya. Namun kadar kematian JH Malaysia di sana amat sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan negara lain.

Ini kerana dari segi kesihatan, semua JH Malaysia telah diberikan suntikan vaksin imunisasi bagi membina daya pertahanan badan melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antaranya imuniasasi wajib seperti vaksin meningococcal quadrivalent yang diwajibkan kepada semua JH atas arahan pihak berkuasa Arab Saudi. Suntikan percuma ini diberikan secara percuma kepada JH sekurang² 2 minggu sebelum bertolak ke Tanah Suci dan vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama dua (2) tahun.

Tetapi jika sudah tersurat ajalnya di Tanah Suci, ada beberapa perkara yang mungkin anda sebagai pembaca perlu ambil tahu sebagai makluman dan manfaat di hari kemudian.

1. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk perlindungan insurans.
2. Setiap JH secara automatik mendapat perlindungan insurans takaful berkelompok TH.
3. Insurans ini mula berkuatkuasa 24 jam sebelum berlepas ke Tanah Suci dan 24 jam selepas tiba di Tanah Air.
4. Jumlah Khairat Kematian berjumlah RM3,000
5. Setiap JH yang meninggal dunia sebelum sempat melaksanakan wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah, pihak TH akan turut melaksanakan ibadah badal / upah haji.
6. Sekiranya JH menerima rawatan sehingga selesai musim haji (tempoh tertentu) maka lanjutan tempoh sehingga 6 bulan dilindungi insurans bagi JH yang dirawat di hospital tempatan (Arab Saudi)
7. Waris boleh menuntut khairat dan barangan JH yang meninggal dunia di Cawangan Insurans Kumpulan di Ibu Pejabat TH, KL.

Untuk makluman lanjut, sila berhubung dengan Pegawai Khidmat Pelanggan TH.

Post a Comment

0 Comments