Full Width CSS

Ketua UMNO Bahagian Dedah Muhyiddin "Main Belakang"


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos hari ini mendesak agar Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Presiden Umno sekiranya enggan berundur secara sukarela.

Jamal berkata, Muhyiddin perlu dipecat oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno apabila melahirkan kekecewaan terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berhubung 1MDB dan wang derma berjumlah RM2.6 bilion.
Jelasnya, demi mengelak dari parti terus berpecah, MT Umno perlu membuat keputusan dengan segera untuk memecat timbalan presiden Umno itu.

"Secara peribadi saya menyarankan supaya pihak Majlis Tertinggi Umno membuat keputusan, kalau Tan Sri Muhyiddin tidak dapat bertaubat nasuha, pucuk pimpinan Umno perlu mesyuarat untuk memecat Muhyiddin.

"Kita memang ihat Muhyiddin tidak bantai Presiden parti secara terus tetapi tindakan beliau terus menerus mempersoal isu 1MDB dan RM2.6 bilion serta membawa isu tersebut kepada bukan ahli Umno.

"Jadi saya rasa perkara itu sudah cukup bukti bagi MT Umno membuat keputusan yang berani dengan memecat Muhyiddin demi kepentingan dan kebaikkan parti," kata Jamal.

Jamal berkata, Muhyiddin sebagai timbalan presiden parti dan sebelum ini menjadi timbalan perdana menteri sepatutnya mempertahankan Najib dikala perdana menteri itu diserang dari pelbagai arah.

Tetapi, sehingga ke hari ini tiada satu tindakan Muhyiddin pun yang dilihat cuba mempertahankan Najib, malah amat mengecewakan apabila beliau turut serta dengan pihak yang cuba menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri.

"Sepatutnya ketika Presiden di gasak kiri dan kanan oleh pihak tertentu dia (Muhyiddin) kena pertahankan Perdana Menteri. Malah sehingga hari ini tidak ada satu kenyataan dari Muyiddin yang mempertahankan Datuk Seri Najib.

"Saya percaya Muhyiddin tidak ikhlas orangnya di mana beliau mempunyai cita-cita yang tinggi sehingga sanggup menggunakan pintu belakang untuk jatuhkan Najib bagi mendapatkan kedudukan sebagai Perdana Menteri," katanya.

Sumber : Utara News

Post a Comment

0 Comments