Full Width CSS

Pemuda #UMNO Bukit Bintang Buat Penyemakkan Semula Tanah Rizab Melayu Yang Tak Berganti Di Kuala Lumpur


Melihat kepada keadaan sosio ekonomi hari ini yang semakin tak keruan pesatnya terutama di Kuala Lumpur, banyak pihak yang terlepas pandangan mengenai Tanah Rizab Melayu (TRM) yang telah digunapakai untuk pembangunan seiring dengan kemajuan negara.

Namun banyak pihak terutamanya orang Melayu sendiri terlepas pandangan mengenai keluasan TRM semakin hari semakin mengecil dan perkara ini benar² membimbangkan apatah lagi TRM ini di Kuala Lumpur seperti yang kita ketahui ianya tidaklah begitu besar jika hendak dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Baca kenyataan oleh Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang di bawah.

Keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) baru-baru ini adalah dilaporkan telah jatuh mendadak dari 50% kepada serendah 12% di seluruh negara, ini berlaku apabila pihak berkuasa gagal untuk menggantikan TRM yang telah diwartakan keluar dengan merizab semula satu kawasan lain sebagai ganti - seperti yang telah diperuntukkan di bawah Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Menyahut seruan Ketua Pemuda UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2014 #PAU2014 yang lepas, saya dan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian di dalam negeri Wilayah Persekutuan akan memulakan proses penyemakkan semula senarai TRM yang diwartakan keluar sejak 10 tahun lepas, dalam negeri Wilayah Persekutuan, khususnya bagi TRM yang diwarta keluar tapi tidak diganti semula.

Seterusnya, kami akan umumkan secara terperinci dan telus keputusan yang telah kami perolehi melalui laman media digital & konvensional kepada umum pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Kami juga mendesak agar pihak berkuasa tempatan dapat menjadikan Wilayah Persekutuan negeri perintis yang akan mengasaskan Majlis Amanah Tanah-Tanah Melayu. 

Majlis ini akan berfungsi sebagai pelindung setiap TRM dan memastikan setiap tanah yang diwarta keluar diganti semula dengan serta-merta.

Saya secara peribadi juga berpendapat bahawa mereka yang gagal menjalankan amanah bagi memastikan TRM terpelihara adalah tergolong sebagai "Petualang Bangsa"

Penulis : 
JEFREE ZAIN AFFENDI
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang

Secara peribadi, saya setuju dengan cadangan Pemuda UMNO Bukit Bintang yang akan melakukan sendiri proses penyemakkan semula senarai TRM yang telah diwartakan semenjak 10 tahun lepas iaitu 2005. Sekaligus ia bagi dapat memastikan TRM sentiasa terpelihara dan terjaga dengan baik tanpa ada penyelewengan yang tidak berekod.

Good luck dan saya berharap cadangan ini mendapat persetujuan dan digunapakai oleh Pemuda UMNO seluruh negara bagi mempastikan TRM tidak digunakan sewenang²nya tanpa kawalan dan perhatian serta tanggungjawab oleh pihak berkuasa tempatan.


* Eloklah buat kerja macam ni. Dah memang confirm Parlimen Bukit Bintang tak boleh dimenangi Barisan Nasional tapi berusaha untuk perjuangkan hak Melayu di Kuala Lumpur wajar diberikan pujian. 

Post a Comment

2 Comments

  1. WOW! TERBAIK DARI PEMUDA UMNO BUKIT BINTANG!!

    UMNO PERLU LEBIH BANYAK INISIATIF MACAM NI....TERLALU LAMA MELAYU DITINDAS SEMASA MAMAK SEDANG SIBUK MENGKAYAKAN KRONI2.

    ReplyDelete
  2. PU mcm. ni lah yg. kita mahu!

    Bukan mcm. si mamat-kari-LIBERAL dari PU tu yg. hanya sibuk nak jadi JAGUH-POPULIS-bela-SPRM kat mata DUNIA; maklumlah kan dia BERANGAN nak jadi PM spt. yg. selalu diidamkan PEMUJA BANGSAT dia, si EvangeliSStar tu?! Patut dah lama diNYAHkan bersama timbalan KAKI BETINA dia tu!

    Dan kita mahu lebih ramai anak-anak MUDA PU (putera/puteri) yg. BERAPI utk. jadi "CYBER WARRIORS" yg. KEKAL, utk. lawan TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS- EJEN/KULI- CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1, spt. depa yg. asyik TERLOLONG masa Perhimpunan Agong UMNO dulu - JANGAN hanya tahu nak BISING ikut rentak MUSUH , serta asyik MENGHINA dan nak MERAMPAS kuasa dari jenerasi yg. lebih TUA dlm. UMNO; yg. sebenaqnya buat lebih banyak buat kerja keras lawan MUSUH Islam/Melayu, dari cakap-tak-serupa-bikin mcm. si MUDA BIADAP yg. sebenaqnya masih ramai BUDAK-KECIK-TAK-MATANG yg. sampai nak GULINGkan YAB PM kita kat Johor tu!

    Lihat artikel BERNAS ini di atas KEGAGALAN pucuk pimpinan PU-BANGANG ni dlm. strategi mengerahkan "CYBER WARRIORS" dlm. UMNO ni - lihat di http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/08/presiden-najibrazak-baru-sedar-bahawa.html , August 10, 2015, PRESIDEN @NajibRazak BARU SEDAR BAHAWA PARTI UMNO KEMBALI KETINGGALAN DALAM PERANG SIBER?!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..