Sunday, August 2, 2015

Perghhh #RapidPenang Kini Berulang Alik Ke Sungai Petani, Kedah @MyRapidKL @NajibRazak


Barangkali ini berita gembira buat pengguna bas RapidPenang dan mungkin buat warga Kedah yang berulang alik setiap hari dari rumah ke tempat kerja di Pulau Pinang.

Kini syarikat perkhidmatan bas terbesar di Malaysia, RapidPenang melebarkan sayap perkhidmatan mereka ke utara semenanjung tanah air dengan servis bas antara bandar Penang Sentral - Sungai Petani yang memulakan perjalanannya hari ini.


Perghhh memang terbaiklah. Apa yang penting perkhidmatan bas ni melalui Lebuhraya Utara Selatan ya, tak lalu jalan lama baq ang.

Harga tambang untuk bas ni?
Sehala RM 4.70
Pas Bulanan RM 150 (boleh digunakan untuk semua khidmat RapidPenang)

Mak aihhh murahnya tambang ni ar.

Dengan adanya servis bas antara bandar begini, diharapkan dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang dihadapi oleh orang ramai yang terpaksa berulang alik setiap hari ke dua destinasi ini setiap hari.


Untuk tambahan lagi, RapidPenang menawarkan perkhidmatan secara PERCUMA untuk laluan ini daripada 2 Ogos 2015 (Ahad) sehingga 6 Ogos 2015 (Khamis). Pastinya peluang ini takkan datang bergolek, cuba try test dahulu perkhidmatan RapidPenang secara percuma pastu baru pikiaq nak teruskan ataupun tidak.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 042381212 (5am - 2am)

1 comment:

  1. Alhamdulillah, nikmat dr Allah SWT melalui krjn BN. Tambng 4.70 cukup ekonomik bg jarak jauh dn bas bertaraf eropah itu. Semoga dimanfaatksn dan seterusnya mengurangkan bilangan kenderaan persendirian di jalan yg byk mengundang masalah dn kemlgn.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...