Full Width CSS

Tiada Bukti PM Rembat Dana #1MDB, Dituduhnya Pula Penderma Cuba Bagi Rasuah #KekalNajib



Sarawak Report memfitnah bahawa dana #1MDB dimasukkan ke akaun PM, SPRM mengesahkan ini tidak benar.

1. SPRM dalam kenyataannya mengesahkan beberapa perkara. Pertama, wang sebanyak RM2.6 bilion ada dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib Razak. Kedua, wang tersebut bukan daripada 1MDB dan bukan dari sumber rasuah, sebaliknya daripada penderma.

2. Pengkritik Najib gembira dan percaya dengan bahagian pertama kenyataan SPRM, iaitu memang ada RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib. Cuma mereka tidak gembira dengan bahagian kedua kenyataan itu, iaitu RM2.6 itu bukan daripada 1MDB dan sumber rasuah serta memilih untuk tidak mempercayainya. Tidak adillah begitu.3. Apabila SPRM mengesahkan bahawa RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Najib, bukankah itu bermaksud SPRM bebas dan tidak terikat dengan sebarang arahan untuk menyembunyikan fakta ini? Bagaimanapun pengkritik tidak mahu menerima hakikat ini.

4. Spin pengkritik sekarang berubah. Jika dulu mereka menuduh Najib, Jho Low dan Arul Kanda melesapkan wang 1MDB, tanpa rasa malu, sekarang mereka mempertikaikan kenapa Najib menafikan duit dimasukkan dalam akaun peribadinya, mendesak didedahkan siapa penderma yang bermurah hati, menyalah tafsir bahawa derma juga adalah satu bentuk rasuah dan mempertikaikan kenapa duit tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadi dan bukan akaun amanah.

5. Sepatutnya mereka meminta maaf kepada Najib, Jho Low dan Arul kerana tersilap menuduh. Bagaimanapun mereka memilih untuk terus menuduh.

6. Dalam isu ini, pertama, yang penting, ia bukan duit 1MDB. Kedua, ia bukan duit rasuah. DERMA tidak sama dengan rasuah. Derma hanya menjadi rasuah bila ada balasan yang diminta. Jika tiada sebarang balasan yang diminta, ia kekal sebagai derma.

7. Kedua, Najib tidak pernah menafikan menerima RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya, tetapi menafikan beliau menerima duit tersebut daripada 1MDB seperti yang didakwa oleh WSJ, Sarawak Report dan pihak-pihak tertentu.

8. Ketiga, sesiapa sahaja boleh memberikan sumbangan untuk tujuan politik. Penyumbang boleh memilih untuk menyumbang ke dalam akaun parti politik atau hendak membantu individu tersebut menggerakkan gerak kerja politik beliau dan parti yang diwakilinya. Jika dimasukkan ke dalam akaun peribadi, bermaksud penyumbang mahu membantu individu tersebut. Terserah kepada individu tersebut untuk menggunakannya. Penyumbang boleh memilih untuk memasukkannya ke dalam akaun parti jika mereka mahu membantu parti.

9. Keempat, benarkan ada penderma yang bermurah hati? Jika ada penderma di dalam dan di luar negara yang bermurah hati menderma kepada pemimpin pembangkang dalam jumlah yang besar, kenapa pula tidak ada penderma yang bermurah hati menderma kepada Najib bagi menyokong perjuangan beliau dan parti beliau?

10. Apakah tidak ada kemungkinan bahawa Najib mendapat sumbangan daripada bilionaire negara Islam yang tidak mahu pembangkang menang dan menjadikan negara ini sebuah negara sekular dan sosialis. Lebih-lebih lagi apabila mereka melihat gerakan pembangkang di Malaysia menerima dana dari sumber yang sama dengan sumber yang menyokong usaha meruntuhkan negara-negara Islam lain dan menggulingkan pemimpin-pemimpin Islam di negara ini?

11. Kelima, wajarkah didedahkan siapa penderma ini? Dap menentang usaha untuk mengisytiharkan nama penderma kerana takut penderma menjadi mangsa tekanan politik dan diskriminasi.

12. Jika syarat yang diberikan oleh penyumbang dari Timur Tengah tersebut adalah mereka mahu menyumbang melalui PM secara persendirian kerana tidak mahu identiti mereka diketahui umum, maka akaun peribadi boleh dibuka khas untuk tujuan penyaluran dana aktiviti parti dan pilihan raya. Akaun ini boleh ditutup selepas tujuan ini dilaksanakan. Jika dimasukkan ke dalam akaun amanah, terdapat kemungkinan identiti penyumbang boleh terdedah dan diketahui umum. Terdapat penyumbang yang tidak mahu mengambil risiko ini dan permintaan mereka perlu dihormati.

13. Keenam, jika benar RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Najib, kenapa TS Muhyiddin dipecat? TS Muhyiddin tidak dipecat, sebaliknya digugurkan kerana tidak lagi dapat bekerjasama sebagai satu pasukan.

14. Ketujuh, kenapa SPRM disiasat oleh polis? SPRM disiasat kerana ada aduan daripada pihak awam, termasuk saya sendiri agar anggota Pasukan Petugas Khas yang membocorkan maklumat siasatan disiasat. Tujuan aduan ini dibuat adalah untuk menghalang sebarang spekulasi dibuat sebelum siasatan selesai, sehingga boleh menjejaskan ekonomi dan kestabilan negara.

15. Kelapan, Tun Dr Mahathir menyebut
"saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserahkan kepada Dato Abdullah Badawi", 
memberi maksud, wang ini tidak berada di dalam akaun parti tetapi di dalam akaun pemegang amanah. Jika wang ini berada di dalam akaun parti, sudah tentu ia tidak diserahkan, sebaliknya hanya perlu pertukaran nama penanda tangan pemegang akaun. Selain Tun Mahathir, disebut juga ada dua orang lagi pemegang amanah yang memegang wang ini di luar akaun parti.

16. Siasatan berkaitan akaun Najib Razak oleh Pasukan Petugas Khas masih belum selesai. Sehingga semalam, apa yang jelas adalah, duit 1MDB yang didakwa Tun Mahathir dan pengkritik sebagai lesap, sebenarnya tidak lesap apa lagi dimasukkan ke dalam akaun Najib dan Rosmah. Belajarlah untuk menerima hakikat ini.

Sumber : Tun Faisal Dot Com

Post a Comment

2 Comments

  1. Tolong simpan sikit bangang tu, jangan ingat rakyat bodoh tak reti beza antara derma dan rasuah.

    Anak aku tingkatan 3 pun tanya derma apa sampai 2.6b?

    ReplyDelete
  2. Yg bagi derma kepada tabung PH tajaan dap tu boleh dikatagorikan sebagai rasuah. Banyak syarikat2 yg menderma berharap agar diberi projek2 kerajaan suatu hari nanti. Mereka juga menderma untuk mendapat pengecualian cukai.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..