Monday, September 21, 2015

#1MDB: Bukankah Tindakan WSJ Mencari Wang AS$2.4 Bilion Di Dalam Penyata Kewangan Disatukan IPIC, Satu Kerja Bodoh?


Plot “Menjenayahkan Najib” menjadi semakin celaru. Perancang plot pada asalnya menyatakan sebanyak RM42 bilion telah lesap. Ia kemudiannya bertukar kepada RM27 bilion yang lesap.

Kemudian ia bertukar kepada AS$1 bilion dalam usahasama 1MDB-PetroSaudi lesap. Selepas itu, bertukar lagi kepada AS$700 juta lesap ke dalam akaun Jho Low.


Tony Pua, dalam ceramahnya, mengubah sekali lagi jumlah ini, apabila menyatakan "Jho Low `sapu’ AS$1.2 bilion" dan bukannya AS$700 juta.

Plot kemudiannya berubah lagi. Tenggelam kisah Jho Low lesapkan wang. Timbul pula kisah bahawa duit AS700 juta itu sebenarnya tidak lesap ke dalam akaun Jho Low, tetapi dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tidak lama selepas itu, cerita berubah lagi, kali ini diceritakan AS$650 juta daripada AS$700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Najib dipulangkan semula dan dimasukkan pula ke dalam akaun Tanore Finance Corporation (BVI) di Falcon Private Bank, Singapura.

Terkini, plot sekali lagi berubah. Kali ini, duit bukan lagi hilang dari PetroSaudi, sebuah syarikat Arab Saudi tetapi duit hilang dari International Petroleum Investment Company (IPIC), iaitu sebuah dana kekayaan berdaulat Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Plot juga berubah dari kehilangan duit pelaburan dalam usahasama industri petroleum kepada kehilangan deposit ke atas jaminan bon dalam industri tenaga.

Dalam siri terkini drama ini, Wall Street Journal (WSJ) pula mengambil alih peranan utama. Cerita kali ini adalah berkenaan AS$2.4 bilion yang hilang. WSJ menyatakan mereka telah melihat dokumen Laporan Ketua Audit Negara walaupun laporan itu adalah sulit dan hanya dipegang oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Menurut WSJ, “A draft report into 1MDB's activities by Malaysia's auditor general, reviewed by The Wall Street Journal, said the payment went to a subsidiary of IPIC called Aabar Investments PJS. IPIC's consolidated financial statements, however, contain no reference to the receipt of the payment.”

Menurut WSJ lagi, “the disputed payments are related to the purchase of power plants around the world by the Malaysian fund in 2012. A state investment fund in Abu Dhabi, the International Petroleum Investment Co., or IPIC, guaranteed the $3.5 billion in bonds that 1MDB issued to finance the purchase, according to the bond offering documents.”

Ada TIGA perkara PELIK dalam laporan WSJ ini. Pertama, jika benar terdapat kehilangan AS$2.4 bilion dari akaun Aabar atau IPIC sejak tahun 2013, tidakkah ia disedari semasa Aabar dan IPIC diaudit? Jika benar AS2.14 bilion ini hilang, bukankah sepatutnya sudah ada sekurang-kurangnya satu laporan polis dan kenyataan rasmi dari Aabar atau IPIC sepanjang tempoh 2 tahun ini?

Kenapakah tiada sebarang laporan polis atau kenyataan rasmi dibuat sehingga hari ini?

Kedua, saya agak pelik apabila WSJ melaporkan bahawa wang tersebut masuk akaun anak syarikat IPIC, iaitu Aabar tetapi menyebut “penyata kewangan disatukan IPIC, bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rujukan mengenai penerimaan bayaran tersebut."

Saya rasa WSJ agak bodoh apabila cuba mencari rujukan tersebut di dalam penyata akaun disatukan IPIC. Bukankah WSJ sepatutnya mencari entri tersebut di dalam penyata kewangan Aabar?

Ketiga, jika benar wang tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun Aabar, kenapakah IPIC masih meneruskan jaminan terhadap bon AS$3.5 bilion 1MDB yang digunakan untuk membeli syarikat pembekal tenaga berserta stesen janakuasa yang dimilikinya?

Bukankah IPIC dengan mudah boleh membatalkan jaminan tersebut?

Komplot “Menjenayahkan Najib” sudah menjadi sebuah drama bersiri yang merapu. Skripnya melompat secara janggal dari satu plot ke satu plot, dari jumlah ke satu jumlah yang berbeza, dari satu tabung ke satu tabung yang lain, dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain, dari satu industri ke satu industri yang lain; dan dari satu negara ke satu negara yang lain.

Tukang karut komplot ini akan terus mencari jalan memanjangkan cerita, dengan sengaja mengada-adakan sesuatu yang tiada untuk menarik perhatian penonton walaupun sedar, drama bersiri ini semakin kehilangan pengikut.


Sumber : Tun Faisal Dot Com

1 comment:

  1. plot ni di karang oleh BABI...jadi ceritanya pun macam babi....yg percaya pun ramai jadi babi....

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...