Full Width CSS

Hishammuddin Hussein Kecewa Dengan Tindakan Tun Mahathir Turun #Bersih4


Berikut kenyataan Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Hussein yang kecewa akan tindakan Tun Mahathir turun berdemontrasi bersama² DAPig di Dataran Merdeka pada Sabtu lepas.

1. Saya kecewa dengan tindakan Tun Mahathir, tokoh yang amat saya hormati, kerana telah turun ke pentas pembangkang semalam.
2. Bagi saya, beliau telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang beliau ketengahkan kepada pejuang UMNO dan rakyat kesuluruhan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Nilai-nilai inilah yang kita dan institusi kita pertahankan selama ini.

3. Ketika demonstrasi besar-besaran pada tahun 1998, iaitu ketika zaman pentadbiran beliau, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukanlah pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan.

4. Kita semua tahu bahawa Bersih merupakan perhimpunan yang salah di sisi undang-undang. Malah, lebih teruk, Bersih kali ini telah menggugat keharmonian negara kerana diadakan di saat negara bersiap sedia menyambut kemerdekaan.

5.
Selama ini, kita tidak pernah menyekat Tun Mahathir untuk menyuarakan pandangan beliau di mana-mana platform sekalipun.

6. Tetapi tindakan beliau bersekongkol di pentas pembangkang semalam tidak boleh diterima sama sekali. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

7. Mungkin Tun Mahathir tidak bersetuju dalam beberapa isu, tapi janganlah sampai merobohkan apa yang beliau sendiri telah sama-sama bina selama ini. Jangan kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar.

8.
Beliau pasti sedar kesan keselamatan dan bahayanya jika demonstrasi jalanan dibiarkan berleluasa. Banyak negara di dunia tumbang bila mana pemimpin dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Inikah matlamat yang ingin dicapai oleh seorang negarawan yang disanjung?



Post a Comment

6 Comments

  1. RAKYAT KECEWA DENGAN HISHAMUDDIN YANG LEMBIK NAK MAMPOS!!!

    ReplyDelete
  2. KENAPA ORANG YANG MEMPUNYAI PANDANGAN JAUH BERKAITAN KESAN KETENTERAMAN AWAM DIPERTIKAIKAN SEDANG MEREKA YANG MENGGANGGU KEHARMONIAN DIPUJA DIPUJI....MUNGKIN KITA MAHU MERASA APA YANG BERLAKU DI LIBYA, MESIR, IRAQ.....BARU KITA AKAN TAHU NILAI KEAMANAN SEBEENAR....

    ReplyDelete
  3. Tun m bukan maksum. Pernah mnjadi tokoh yg sy dan smua org di dunia hormati.....
    Namun dia tetap tak lepas dr mlakukan kesilapan....
    Kesimpulannya politik ni kotor mcm2 auta bleh dibuat......

    ReplyDelete
  4. TDM tidak maksum. Najib juga tidak maksum. Mana yang lebih baik antara keduanya!

    ReplyDelete
  5. Lepas menghunus keris minta maaf. Ramai orang Melayu kecewa dengan tindakan pondan ni.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..