Full Width CSS

Isteri Sering Sembur Penyembur Serangga Kerana Menyangka Suaminya Lipas


Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) bisu dan pekak mendakwa dipukul dengan menggunakan penyangkut baju plastik oleh bekas isterinya di lengan dan bahu selepas bergaduh kerana selimut, di rumah mereka di Bandar Baru Kubang Kerian, pada 5 November 2014.

Mohd Bazely Mohamed Amin, 28, yang bisu dan pekak sejak lahir memberi keterangan dengan menggunakan bahasa isyarat di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Khidmat jurubahasa digunakan untuk menterjemahkan soalan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan serta jawapan yang diberikan oleh Mohd Bazely.

Dia mendakwa turut disembur dengan penyembur serangga oleh bekas isterinya, Noor Ashiqin Azmi, 25, sebelum dia bertindak pergi ke rumah ibunya di Bachok.

“Dalam kejadian itu, saya bergaduh dengan isteri kerana dia mahu selimut.

“Isteri kemudian mengambil penyangkut baju plastik dan terus memukul lengan dan bahu saya,” katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan, dalam prosiding perbicaraan di peringkat pendakwaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Noor Ashiqin dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencederakan suaminya dengan menggunakan penyangkut baju plastik di sebuah rumah di Bandar Baru Kubang Kerian di sini pada jam 12 tengah malam, 5 November 2014.

Tertuduh yang mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Tertuduh dan mangsa kini sudah bercerai selepas dua bulan berkahwin.

Ketika disoal oleh Mohd Syahrun berapa kali dia pernah dipukul isterinya sebelum ini, Mohd Bazely memaklumkan, kejadian itu adalah pertama kali berlaku.

“Bagaimanapun, sebelum kejadian itu, dia sering menyembur penyembur serangga termasuk ketika saya berada di dalam bilik air,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam bela Mohd Faizal Hazim Abdul Rahman yang mewakili tertuduh berhubung dakwaan bahawa dia pernah mengasari isterinya termasuk menolak tertuduh sehingga terjatuh dan mengalami keguguran sebelum kejadian itu, Mohd Bazely menafikan perkara itu.

“Saya tidak pernah menolaknya.

“Setahu saya dia tidak mengandung dan saya pun tidak tahu dia mengandung,” katanya.

Mohd Bazely bagaimanapun mengaku menghidap penyakit sawan namun ia berlaku sebelum kejadian dia dicederakan bekas isterinya itu.

Perbicaraan di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed bersambung 24 November depan.


Sumber : Harian Metro

P/s : Kasihan si suami yang berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) diperlakukan sedemikian rupa walaupun baru mendirikan rumah tangga selama 2 bulan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ini kes kena kahwin paksa dengan makbapak ni kot.Bini dia boring dengan laki dialah tu.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..