Monday, September 14, 2015

Wajib Baca : Info Mengenai Himpunan Rakyat Bersatu


Buat pengetahuan semua, program ini merupakan anjuran NGO bagi menghimpunkan rakyat dan NGO dari seluruh negara sebagai salah satu langkah penyatuan bagi mengecam tindakan dan perlakuan negatif peserta² perhimpunan haram BERSIH 4.0 yang secara jelas menghina pemimpin negara.

Disamping itu juga himpunan ini ingin memberi mesej kepada mana² pihak agar perhimpunan haram seumpama BERSIH 4.0 tidak diulangi lagi dan diharapkan tidak mempunyai unsur² provokasi yang melampau dan mengandungi kepentingan politik.

Penglibatan Parti Politik

Perhimpunan dijangka bakal dihadiri oleh kira-kira 30,000 peserta daripada 250 badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan pada Ahad menegaskan, UMNO bukan antara penganjur perhimpunan tersebut. Namun, pada masa sama, beliau yakin pesertanya akan mengikut peraturan.

Presiden parti Datuk Seri Najib Razak terdahulu mengesahkan, UMNO tidak menaja perhimpunan 16 September ini, namun mengakui ada beberapa pemimpin parti yang terlibat selaku wakil NGO.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dalam satu kenyataan berkata, PAS tidak terlibat dalam penganjuran acara ini dan parti itu turut melarang mana-mana ahlinya dari menghadirkan diri.

Kebenaran Pihak Berkuasa

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz memaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberikan kebenaran untuk Padang Merbok dijadikan kawasan perhimpunan aman pada 16 September ini oleh Pesaka yang membuat permohonan pada 8 September lalu.

Harapan Penganjur

- Perhimpunan & perarakan secara teratur dan aman.
- Slogan provokasi dilarang.
- Slogan cadangan - mempertahankan kerajaan & mensyukuri keamana ngara.
- Peserta lelaki saja digalakkan hadir.
- Perhimpunan tiada kaitan secara langsung dengan parti atau kerajaan.
- Berharap setiap tindakan peserta tidak mendatangkan kesan negatif kepada Perdana Menteri & Kerajaan Malaysia.
- Tiada senjata diperlukan dalam perhimpunan ini.

Checkpoint 1
Masjid Negara

Checkpoint 2
Masjid Wilayah (menaiki bas disediakan ke PWTC)

Checkpoint 3
PWTC

Semua peserta dari ketiga² checkpoint akan berjalan ke Padang Merbok (lokasi final)

Intipati Program
Doa.
Berselawat.
Nyanyian lagu patriotik.

Peserta diingatkan supaya menjaga disiplin dan tidak bertindak terhadap mana² provokasi yang melampau terhadap mereka.


1 comment:

  1. Petaling street, bukit bintang lalu tak? Kalu nak ajar cinabeng kena lalu
    tempat mereka. Klu tidak akan ada lagi Bersih 5 nanti.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...