Thursday, October 29, 2015

Muhyiddin Yassin Seleweng Fakta #1MDB Ataupun Takleh Bezakan Capital Injection & Standby Credit


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa telah mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai 1MDB dalam sesi dialog di Johor Bahru pada Sabtu lalu.

Penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Tun Faisal Ismail Aziz berkata, antara pembohongan yang dibuat oleh Muhyiddin adalah mengenai dakwaan kononya Presiden 1MDB Arul Kanda hanya bercakap kepada kabinet selama 10 hingga 15 minit tanpa membawa sebarang kertas pembentangan.

“Fakta sebenar adalah, Arul telah diminta membentangkan mengenai penilaian strategik termasuk soal penjualan aset dan pembayaran semula hutang.

“Selepas pembentangan Arul, terdapat banyak soal jawab dan mengambil masa sekitar 45 minit,” katanya di laman Facebooknya.

Tun Faisal menambah, Muhyiddin juga telah berbohong mengenai suntikan RM950 juta kepada 1MDB.

Katanya, Muhyiddin telah menyelewengkan fakta itu kerana Kabinet tidak pernah meluluskannnya.

“Yang dipersetujui Kabinet adalah untuk menyediakan ‘standby credit’, iaitu satu bentuk pinjaman jangka pendek yang berbeza sama sekali dengan suntikan modal.

“Agak memalukan apabila Muhyiddin tidak boleh membezakan di antara ‘capital injection’ dan ‘standby credit’,” jelasnya.

Tun Faisal berkata kenyataan tidak benar mengenai 1MDB itu menyerlahkan sikap buruk Muhyiddin dalam berpolitik.

“Bukan sahaja dia seorang yang banyak berbohong tetapi juga seorang yang ibarat ‘telunjuk lurus, kelingking berkait’ kerana di hadapan cakap lain di belakang cakap lain.

“Mungkin Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Menteri-menteri boleh menjelaskan adakah Muhyiddin benar-benar berani bersuara dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan Majlis Tertinggi atau Muhyiddin tidak berani bercakap dalam mesyuarat, hanya berani bercakap bila yang lain tiada?,”katanya.

4 comments:

  1. Muhyidin ni Economic background.. Tuan Admin plak?

    ReplyDelete
  2. Pecat saja "guru besar" bodoh ni. Kalau pandai sangat kenapa tak tunjuk dalam mesyuarat. Kenapa mesti berbohong dan menghasut orang lain.

    ReplyDelete
  3. sama la tu..
    stanby credit...? at the end, it was meant to be injected somewhere..

    ReplyDelete
  4. Maaf, ada guru tunjuk kelemahan sistem tetapi telah ditukar serta merta. Kan ada keluar paper itu hari, lupa ke. Siapa ada adik beradik jadi guru, sila pi tanya mereka, habis cerita.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...