Tuesday, October 6, 2015

Peluang Orang Melayu Miliki Rumah Dalam Bandar


Di antara perjuangan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) selama ini adalah menggesa pihak kerajaan untuk membina lebih banyak rumah mampu yang boleh dibeli oleh semua peringkat golongan.

Jika sebelum ini, sukar bagi kebanyakan warga kota untuk mendapatkan rumah bersaiz 800 kaki persegi (kps) dalam lingkungan harga RM198,000 sehingga RM200,000 di sini.
Prihatin akan permasalahan ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula membangunkan lebih banyak perumahan campuran di mana 50% jumlah rumah dijual di bawah harga RM200,000 dan selebihnya dijual pada harga pasaran dua (2) kali ganda nilainya.

Pembangunan RUMAWIP adalah sebahagian daripada formula penyelesaian kepada permasalahan perumahan di bandaraya Kuala Lumpur dan apa yang pasti orang Melayu bandar jangan lepaskan peluang memiliki rumah mampu milik ini.

Kerajaan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menyediakan skim perumahan belia dengan menawarkan jaminan kerajaan sebanyak 10% pendahuluan dan RM200 sebagai subsidi ansuran bulanan selama 24 bulan. Ini adalah sumbangan kecil kerajaan dalam memastikan golongan muda terutamanya hari ini memiliki rumah sendiri di dalam bandar.

Menurut maklumat yang diperolehi, masih banyak lagi rumah mampu milik kuota Bumiputera yang belum terjual. Kemungkinan info mengenainya rumah ini tidak sampai kepada kumpulan sasaran. Walaubagaimanapun, PPUWP berharap agar kuota rumah Bumiputera tidak dijual selagi belum diketahui umum.

Oleh yang demikian, PPUWP berharap agar info mengenai hal ini dapat diwar-warkan kepada saudara mara mahupun sahabat handai mengenai peluang memiliki rumah idaman di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Percayalah peluang yang hadir ini akan diperolehi sekali saja seumur hidup. Peluang tidak datang bergolek kali kedua.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

6 Oktober 2015

1 comment:

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...