Monday, October 19, 2015

Polis Harus Bertindak Terhadap Penyalahgunaan Vest @PDRMsia @KBAB51


Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia mempunyai kuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau sebenarnya mereka merupakan sebuah pertubuhan yang menyokong segala usaha pihak PDRM membanteras jenayah?
Hari ini kelab dan pertubuhan menyokong PDRM tumbuh bagaikan cendawan terutama di kawasan² perumahan di mana kebanyakan mereka begitu aktif dan giat menjalankan pemantauan keselamatan penduduk sekitar. 

Tak salah sekiranya mereka mahu tubuhkan pelbagai kelab dan pertubuhan menyokong PDRM atau pihak berkuasa tetapi menjadi kebimbangan adalah kebanyakan mereka menyalahgunakan 'kuasa' yang sudah tentu tidak diberikan kepada mereka untuk melakukan kerja² penguatkuasaan seperti anggota keselamatan.

Namun realitinya, kebanyakan ahli² kelab dan pertubuhan ini lebih rela duduk di dalam komuniti mereka saja berbanding menawarkan diri menyertai pasukan PDRM secara serius. Ya mungkin barangkali mereka mempunyai pelbagai kerja² lain atau sekadar menyertai kelab dan pertubuhan menyokong PDRM atas dasar sukarelawan saja.

Tapi apa cerita pula dengan tindakan ahli kelab dan pertubuhan ini?


Sebelum ini telah banyak kes yang melibatkan orang awam menyamar sebagai anggota dan melakukan jenayah terhadap masyarakat.

Harap pihak PDRM segera menangani isu ini agar tanggapan positif masyarakat terhadap pihak berkuasa tidak disalah erti dan sekali gus tidak mencemar nama baik Polis.



 

1 comment:

  1. bangsa yang tak tahu malu..masuk kadet polis dan mohon jawatan polis tak nak tetapi bercita cita dan berlagak sebagai polis..jadi Polis Sentri One 2 Jaga ajelah..mana pegi PDRM kenapa tak ambil tindakan

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...