Thursday, November 19, 2015

Penyelarasan Caj Tambang Baru LRT Memberi Manfaat Besar Kepada Pengguna #RapidKL


‪#‎RapidKL‬ sudah mula membuka kaunter untuk pengaktifan pakej tambang Smart 7 (mingguan) & Smart 30 (bulanan) pada Ahad lepas. So untuk penumpang yang kerap gunakan perkhidmatan ini disaran mengambil pakej tambang Smart 7 atau Smart 30.

Penyelarasan harga tambang baru ini akan bermula 2 Disember 2015 kelak. Bagi satu perjalanan, penumpang akan mendapati 4 jenis harga ditawarkan.

Contoh :

Perjalanan dari KL Sentral - Ampang ketika ini dikenakan tambang RM 4.10

Selepas 2 Disember, caj yang dikenakan agak berlainan iaitu RM 4.00 untuk perjalanan seperti dinyatakan di atas. Pengguna akan ditawarkan berlainan harga mengikut sistem bayaran, lihat bawah ;

Tunai (token biru) = RM 4.00
Tanpa Tunai (touch n go) = RM 3.50
Smart 7 (minggu) = RM 3.40
Smart 30 (bulanan) = RM 3.20

Kira-kiranya mudah, semakin jauh jarak perjalanan semakin murah caj tambang dikenakan. Ada perjalanan yang kekal caj tambangnya dan ada yang dikenakan bayaran lebih tapi caj tambahan tidak melebihi RM 1.00 pun. So terpulanglah kepada pengguna untuk membuat pilihan sendiri.

Namun bagi saya, ia adalah tawaran terbaik diberikan khas kepada pengguna. Jika pengguna bukan merupakan pengguna tetap perkhidmatan ini, lebih menarik kalau gunakan kad touch n go untuk membuat transaksi perjalanan.

* penyelarasan caj tambang baru ini merangkumi ketiga-tiga perkhidmatan tren RapidKL (aliran Ampang / aliran Kelana Jaya / Monorel)



Disamping itu, pihak Prasarana juga berusaha sedaya upaya membuat penambahbaikan untuk pelbagai aspek yang perlu diketahui oleh pengguna khususnya, antaranya ;
  • 1. 50 set tren baru 6-gerabak akan diperkenalkan secara berperingkat untuk Laluan Ampang bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan dan keselesaan penumpang.
  • 14 set tren baru akan diperkenalkan secara berperingkat untuk Laluan Kelana Jaya. Di samping itu, 22 set tren 2-gerabak sekarang sedang disambung atau “coupled” untuk dijadikan 11 set tren 4-gerabak untuk mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan keselesaan.
  • 12 set tren 4-gerabak akan menggantikan tren 2-gerabak Laluan KL Monorel secara berperingkat untuk meningkatkan kapasiti tren. Tiga tren baru sudahpun memasuki perkhidmatan setakat ini.
  • Fasa Satu Projek Penyambungan Jajaran LRT Laluan Ampang telah dibuka pada 31 Oktober 2015. Fasa Dua dijangka beroperasi menjelang 31 Mac 2016. Projek Penyambungan Jajaran LRT Laluan Ampang LRT akan meningkatkan lagi ketersambungan dan mobiliti serta menyediakan mod alternatif untuk para penduduk Bukit Jalil, Bandar Kinrara, dan Puchong serta mereka di Putra Heights.
  • Penyambungan Jajaran LRT Laluan Kelana Jaya dijangka beroperasi menjelang 30 Jun 2016 sekali gus meningkatkan lagi ketersambungan dan mobiliti untuk para penduduk di Ara Damansara, Subang Jaya, USJ, Bandar Sunway (melalui BRT-Laluan Sunway), dan Putra Heights.
  • Prasarana turut mengadakan kolaborasi dengan Comos untuk mempromosi program berkongsi kenderaan elektrik di stesen-stesen LRT dan lokasi-lokasi utama di pusat bandaraya untuk sebagai usaha untuk melengkapkan perjalanan pengguna (first- and last-mile journey).
  • Pada tahun-tahun lepas, Prasarana telah meningkatkan lagi secara signifikan kemudahan dan keselesaan perjalanan dengan mengintegrasikan stesen-stesen daripada ketiga-tiga laluan seperti integrasi Laluan Kelana Jaya dan Ampang di Stesen Masjid Jamek, integrasi Laluan Ampang dan Monorel KL di stesen-stesen Hang Tuah dan Titiwangsa. Prasarana juga menyediakan fasiliti menghubungkan stesen-stesen Laluan Kelana Jaya dan Monorel KL di KL Sentral in 2014. Kesemua 60 stesen-stesen LRT dan KL Monorel akan dinaikkan taraf secara berperingkat daripada 2016 untuk meningkatkan lagi kemudahan dan keselesaan perjalanan.
  • Fasiliti untuk pengguna dan golongan kelainan upaya seperti lif dan lif kerusi diperkenalkan untuk Laluan Ampang dan Monorel KL pada 2014. Sistem Pintu Automatik Penumpang (PAGS) di Laluan Monorel KL akan beroperasi selepas semua tren 4-gerabak digunakan dalam perkhidmatan.
  • Untuk meningkatkan ketersambungan dan mobiliti pengguna, Prasarana juga membina laluan dan siarkaki berbumbung untuk menghubungkan stesen-stesen LRT dan monorel dengan lokasi-lokasi utama seperti laluan berbumbung di Stesen LRT Sultan Ismail LRT – Maju Junction – Stesen Monorel Medan Tuanku; Stesen LRT PWTC – PWTC, Stesen LRT Taman Jaya – Menara PJX; Stesen LRT Dang Wangi LRT – Stesen Monorel Bukit Nanas; dan Stesen LRT Pasar Seni - Menara Dayabumi.
  • Prasarana juga telah membina dua fasiliti ‘Parkir dan Gerak’ bertingkat di Gombak dan Ampang yang mengenakan bayaran parkir nominal parking sebanyak RM4 sehari untuk para pengguna LRT yang ingin meletakkan kenderaan mereka di stesen LRT sebelum meneruskan perjalanan mereka menggunakan LRT. Prasarana akan terus bekerja rapat dengan piahak berkuasa tempatan untuk membanyakkan dan menaikkan taraf fasilti ‘Parkir dan Gerak’ di stesen-stesen yang sedia ada dan stesen-stesen baru untuk mempromosi penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam.
  • Prasarana akan terus meningkatkan tahap ketersambungan dan mobiliti orang awam, khususnya yang menetap di koridor barat Lembah Klang Utama dengan pembangunan projek LRT3, yang dijangka siap pada Ogos 2020.


1 comment:

  1. not to mentioned the weekly Rm2.50 and monthly Rm10 subscription fee imposed

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...