Tuesday, January 26, 2016

Perdana Menteri 'Terselamat' Disebabkan Peguam Negara Apandi Ali, Habis Tu Rafizi Terselamat Disebabkan Apa?


Biasalah bila sesuatu perkara telah diumumkan atau diputuskan pasti ada puak yang akan berkokok. Kalau kat Malaysia ni, puak yang paling kuat berkokok ialah dari sebelah Pembangkang.

Semua perkara yang tak menyebelahi mereka, pasti akan ditentang atau istilah yang lebih tepat adalah mereka pasti berkokok kepanasan. Sebagai contoh isu RM2.6 billion yang dikatakan adalah wang dari 1MDB yang telah disalahgunakan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.

Teori Pembangkang seperti di bawah.

Keputusan kes RM2.6 billion yang dituduh oleh Pembangkang terhadap Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak yang didapati tak bersalah / bukannya kesalahan jenayah. Keputusan hasil daripada siasatan Pejabat Peguam Negara dan SPRM adalah disebabkan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Namun Pembangkang memberi gambaran sekiranya jawatan tersebut masih dipegang oleh Tan Sri Ghani Patail, pasti keputusan akan jadi sebaliknya.

Barangkali Pembangkang juga terlupa bahawa hari ini keputusan kes Rafizi Ramli menuduh UMNO sebagai punca kepada kejadian membaling molotov cocktail oleh UMNO Selangor.

Rafizi juga boleh dikategorikan sebagai bertuah kerana hakim Azwarnida Ariffin hanya menjatuhkan keputusan bersalah kepada beliau dan Ahli Parlimen Pandan tersebut masih boleh membuat rayuan.

Lepas tu denda berjaya dikurangkan daripada RM2,000 kepada RM1,800 dan gelaran Ahli Parlimen tidak ditarik balik. 

Tapi apa akan terjadi sekiranya hakim yang menghakimi kes tersebut orang lain, barangkali petang ini Rafizi Ramli dah selamat check in di Penjara Sg. Buloh.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...