Tuesday, February 2, 2016

#FeriSekolah Tiada Lagi Trak Tentera Bawa Pelajar Sekolah #Bajet2016 #JanjiDikota @HishammuddinH2O

Warga ATM menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Menteri Pertahanan Dato' Sri Hishammuddin Hussein di atas keprihatinan beliau mengenai risiko dan ketidakselesaan yang terpaksa dihadapi setiap hari buat pelajar² sekolah dari kalangan anak² tentera.

Kehidupan sebagai seorang pelajar bagi anak² tentera tidak seperti para pelajar sekolah di luar kem tentera yang pergi dan pulang dari menuntut ilmu menggunakan bas sekolah yang jauh lebih selesa berhawa dingin dan diyakini selamat.


Menerusi pembentangan Bajet 2016 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun lepas oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sejumlah RM17.304 bilion untuk Kementerian Pertahanan bagi menambahbaik kos Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan.

Dalam kenyataan media DS Hishammuddin berhubung Bajet 2016 yang diumumkan, ternyata pihaknya dan warga ATM gembira dan menyambut baik meskipun negara sedang berhadapan dengan keadaan ekonomi yang mencabar, namun agenda-agenda dan projek-projek pertahanan yang dirancang Kementerian Pertahanan terus mendapat mendapat pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan melalui Bajet yang dibentangkan kali ini.



Antara fokus utama pihak Kementerian adalah melibatkan kebajikan anggota, keluarga dan veteran. Salah satu daripadanya adalah penggunaan trak tentera membawa pelajar² ke sekolah. DS Hishammuddin melihat sendiri akan keutamaan keselamatan ahli keluarga tentera, maka beliau telah mencadangkan agar penggunaan trak tentera digantikan dengan penggunaan bas sekolah.

Antara kenyataan media mengenai bas sekolah ;

"Masih menyentuh mengenai aspek kebajikan, bagi saya, sudah tiba masanya untuk Kementerian Pertahanan meluaskan penggunaan bas sekolah ke seluruh Malaysia bagi menggantikan trak tentera yang selama ini digunakan untuk membawa anak-anak tentera ke sekolah.

"Saya tidak mahu lihat lagi anak-anak tentera menaiki trak ke sekolah. Pada masa ini, hanya anak-anak tentera di kawasan Lembah Klang menikmati kemudahan bas sekolah ini. Justeru, dengan perluasan penggunaan bas sekolah ini, lebih 13,000 anak-anak anggota ATM akan mendapat manfaat."

Hari ini kemudahan pengangkutan bas ke sekolah buat anak² tentera seperti yang diumumkan tersebut telah dikotakan secara berperingkat². Berikut antara reaksi ibu bapa kepada para pelajar yang sempat di capture.





Ternyata mereka menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak Kementerian.

Tahniah Menteri Pertahanan kerana berjaya mentransformasikan pengangkutan anak bangsa menimba ilmu dengan cara yang lebih selamat dan selesa. Semoga usaha kecil ini dapat membantu mengurangkan kekhuatiran ibu bapa para pelajar.

Dalam masa yang sama keyakinan anggota keluarga tentera terhadap pihak kerajaan Barisan Nasional akan tetap terus utuh bersama selamanya.


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...