Wednesday, February 24, 2016

Jentera Penerangan UMNO Perlu Guna Mesyuarat Cawangan Untuk Beri Kefahaman Tentang Cabaran Semasa


Jentera penerangan UMNO perlu mengambil peluang pada mesyuarat 21,500 cawangan parti itu pada Mac dan April ini untuk memperkukuhkan perpaduan, selain memberi kefahaman mengenai perjuangan parti kepada seluruh anggota terutama dalam menghadapi cabaran semasa.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata berkata usaha itu penting terutama kepada golongan muda yang menyertai parti itu agar mereka dapat menghayati dasar dan falsafah perjuangan UMNO.

“Saya percaya itu akan merupakan satu ketahanan dalaman anggota UMNO untuk menghadapi cabaran isu semasa, fitnah, serangan yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Penerangan UMNO Bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Kelantan di sini, hari ini.

Annuar berkata gerakan penerangan yang baharu sedang disusun melibatkan kira-kira 80,000 anggota jentera penerangan sebagai persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Strategi penerangan akan disesuaikan dengan keadaan semasa termasuk mengambil kira Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang kini diperintah oleh pembangkang, katanya.

Beliau berharap seluruh pemimpin dan anggota parti bersatu memperkukuhkan perpaduan dengan mengetepikan sebarang perselisihan yang merugikan parti.

1 comment:

  1. Bukan semua ahli umno setia. Kalau nak tau sebenarnya ramai yang jadi musuh dalam selimut. Akar umbi bukannya bongok macam pemakan dedak.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...