Friday, March 25, 2016

Siapa Phang Si Owner Rumah Banglo Yang Jual Murah? #LGERasuah


Kontroversi pembelian banglo oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, Jelutong di sini, yang didakwa luar biasa murah turut menarik perhatian ramai tentang misteri pemilik banglo itu, Phang Li Koon.

Beliau yang sebelum ini dirujuk sebagai Miss Phang dikatakan membeli rumah banglo di alamat No. 25 itu pada Oktober 2008 pada harga kira-kira RM2.5 juta.
Setahun kemudiannya iaitu pada Julai 2009, rumah banglo seluas kira-kira 944 meter persegi itu dikatakan disewa Guan Eng pada kadar RM5,000 sebulan.

Nama Miss Phang disebut-sebut dalam kontroversi pembelian bang­lo oleh Guan Eng itu selepas beliau didakwa merupakan salah seorang daripada pemegang saham dalam syarikat Winbond Management & Consultand Sdn. Bhd.

Difahamkan, selain beliau, pemegang saham lain dalam syarikat itu ialah Tang Yong Chew.

Secara kebetulan, Yong Chew juga dikatakan merupakan salah seorang pemegang saham dalam syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) yang memenangi tender bagi membangunkan projek di tanah Taman Manggis.

Selain dalam dua syarikat itu, Yong Chew juga dikatakan merupakan pemegang saham dalam sebuah lagi syarikat iaitu Winbond Dental Laboratory Sdn. Bhd.

Disebabkan Yong Chew merupakan pemegang saham dalam ketiga-tiga syarikat terbabit, maka banyak pihak membuat andaian kesemua syarikat itu saling mempunyai kaitan termasuk dengan syarikat yang Miss Phang turut menjadi pemegang sahamnya.

Hubung kait antara Miss Phang itu turut didedahkan beberapa blog yang memuat naik dokumen pendaftaran yang didakwa merupakan syarikat beliau dan Yong Chew dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Dalam pada itu, usaha Mingguan Malaysia mendapatkan latar belakang syarikat Winbond Management & Consultant Sdn. Bhd. menerusi www.windbond.com.my tidak berjaya selepas laman web tersebut tidak boleh diakses.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...