Thursday, March 3, 2016

Masa Berkuasa Dulu Tun Mahathir Tak Saman WSJ, Tak Sesiapa Tanya Kenapa?


Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mempersoalkan mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyaman seorang bekas editor Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa bekas perdana menteri itu membazirkan sejumlah besar wang semasa pemerintahannya.

"Menurut bekas editor WSJ Barry Wain, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan kira-kira RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya," kata Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Menulis di dalam blognya sskeruak.blogspot.com, katanya RM100 bilion dalam 1990 mungkin bernilai RM225 bilion hari ini.

Salleh berkata dalam buku, "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", Wain menulis semasa Dr Mahathir mula menyandang jawatan perdana menteri pada 1981, pentadbirannya terlibat dengan skandal kewangan.

Ini berlaku biarpun slogan pentadbiran di zaman pentadbiran beliau, ialah "bersih, cekap, amanah."

Salleh berkata menurut kenyataan sinis Wain, pada awal 1990-an merupakan "satu dekad untuk tingkah laku yang buruk" atau "satu dekad yang buruk untuk tingkah laku yang baik".

"Dr Mahathir tidak pernah menyaman Wain maka dakwaan itu kekal dan kerana Dr Mahathir tidak menyaman Wain adakah ini bermakna tuduhan itu benar?," soal Salleh.


Menteri berkenaan menyamakan antara keadaan Dr Mahathir dan suasana yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi beberapa dakwaan tertentu daripada WSJ.

Salleh berkata pandangan bahawa jika dakwaan itu tidak benar maka Najib perlu menyaman WSJ dan jika perdana menteri enggan menyaman, dan ini mungkin bermakna bahawa dakwaan itu benar maka Najib bersalah.

"Bagaimanapun, jika Najib enggan menyaman WSJ, Dr Mahathir berkata itu bermakna dakwaan itu adalah benar," katanya.

- Bernama

7 comments:

  1. menteri ni memang kuat jilatlah...aku raa dia nak jadi TPM ni.... dia x tahu ke org sabah semua menyampah kat dia.....dulu jilat dpd jadi menteri skarang kalau jilat mana tahu lps ni dpd jadi TPM

    ReplyDelete
  2. perbandingan yg bodoh epal & orange. Ini soal 2.6b & 42juta masuk ac Najib..nama je menteri...puuiihhh....nak bodek pun agak2 lah...

    ReplyDelete
  3. Kruak Kruak, apa bangang sangat kau ni ha?!! Mahathir tak pernah kata nak saman WSJ tetapi Najib ktaa nak saaman WSJ pada hari selasa, malangnya hingga kehari ini entah berapa puluh kali selasa Najib masih tak saman2 WSJ....kah kah kah.....bodohnya kau Kruak

    ReplyDelete
  4. Masa Najib di Port Dickson ketika Isa Samad jadi Menterei besar macam ni? Ni kisah dulu dulu. Tak mahu bangkitkan ke?
    Kalau hang boleh ungkit, orang lain pun boleh ungkit.

    Banyak lagi hal berkaitan Najib yang masih belum keluar ke pengetahuan umum.

    Marilah kita semua bangkit mengungkit!

    ReplyDelete
  5. Sure no approval one!

    ReplyDelete
  6. Zaman Tun M berkuasa dulu
    WSJ takda paparkan duit masuk akaun
    Tun Det siap dengan charta aliran
    pergerakan wang itu.
    Kalau ada, memang patut disaman.
    Time Tun Det, tuduhan takat kronisme
    and mengawal media dan kehakiman.
    Nak buat apa saman benda-benda ni.
    Takat menyakitkanhati je tapi tak
    menjatuhkan kredebiliti negara.
    Time Najib ni, menyonglap duit.
    Sangat jelas dan terangkan tuduhannya.
    1MDB cuma alat untuk songlap duit rakyat.
    Segala-galanya dipapar dengan detail.
    Jumlah wang, asal usulnya, ke mana wang
    tu mengalir sampai ke akaun Najib.
    Sungguh memalukan, memang wajar SAMAN WSJ.

    ReplyDelete
  7. Syed keruk bodoh tak dapat membezakan tuduhan si Berry ni ke atas Tun Det dengan tuduhan terhadap Najib. Tuduhan terhadap tun det takda merit. Itu hanya tuduhan kosong, takt cakap membazirkan 100 b illion. Mana carat aliran wangnya. Ada tak yang masuk ke dalam akaun pribadi Tun Det macam tuduhan yang dibuat ke atas Najib. Jelas dan terang jumlah wang, bagimana wang bergerak, ke mana wang tu pergi. Nama-nama bank dan orang-orang yang terlibat.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...