Wednesday, April 27, 2016

Gabenor Bank Negara Baharu : Tandatangan Di Wang Kertas Malaysia Akan Bertukar


Timbalan Gabenor, Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim diumumkan sebagai Gabenor Bank Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkuatkuasa 1 Mei 2016.

Pengumuman mengenai perlantikan tersebut dibuat oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Beliau juga turut memberitahu bahawa lantikan tersebut untuk tempoh 5 tahun.

"Saya yakin di bawah kepimpinan YBhg. Datuk Muhammad, Bank Negara Malaysia akan meneruskan sumbangannya dalam membantu Kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara, serta mentadbir dasar monetari dan mengawalselia industri kewangan negara, termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan industri kewangan yang sewajarnya," katanya.

Untuk info, berkuatkuasa tarikh perlantikan tersebut, Datuk Muhammad Ibrahim merupakan Gabenor Bank Negara yang ke 8.

So desas desus yang mengatakan Datuk Dr Awang Adek Hussin ataupun Nazir Razak akan menjawat jawatan tersebut adalah terpesong jauh sama sekali. Biasalah, ramai orang suka buat spekulasi tetapi tidak ramai yang mahu memohon maaf kembali selepas telahan mereka tidak menjadi kenyataan namun telah menjadi buah mulut orang ramai yang menghentam kerajaan dan Perdana Menteri sewenang²nya.


* confirm ada macai yang meroyan kata Perdana Menteri sedang ketakutan, sebab tu beliau menukar Gabenor Bank Negara pula. Padahal Tan Sri Zeti ada memberitahu bahawa beliau memang berkehendakan bersara.

Tak caya, cuba baca sendiri pengakuan Tan Sri Zeti di sini.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...