Monday, April 4, 2016

Malaysia Rujukan Italy Dalam Penerapan Konsep Halal & Pensijilannya

Malaysia merupakan peneraju global dalam pembangunan standard untuk produk halal, menjadikan negara ini amat dihormati dan model peranan yang baik untuk dicontohi, kata Presiden Pembangunan Halal Dunia (WHAD) yang berpangkalan di Itali Anna Maria Aisha Tiozzo.

Beliau berkata Itali mempelajari banyak perkara daripada Malaysia, yang mengguna pakai konsep halal yang amat tinggi dari segi kualiti dan pensijilan.

"Produk halal Malaysia terkenal di seluruh dunia. Di Itali, kami tidak mempunyai undang-undang mengenai sektor halal. Kami mempunyai masalah dalam pensijilan halal, Pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dan pengiktirafan pendaftaran produk.
"Malangnya, terdapat banyak badan pensijilan palsu di seluruh dunia (tetapi) kami mempercayai Malaysia. Negara ini turut membantu banyak syarikat pengeluaran, termasuk syarikat asing, untuk mendapat GMP," katanya selepas majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU).

Acara itu disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Dzulkifli Mahmud, diadakan di luar Pasaran Halal Global 2016 selama empat hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Anna Maria Aisha berkata kesedaran yang meningkat mengenai kualiti dan bahan produk halal, dan dengan peningkatan penduduk Islam di Itali dan negara lain di Eropah, menunjukkan peluang yang besar bagi industri itu.

"Kami memerlukan produk halal di Eropah kerana kami (penduduk Islam) adalah komuniti yang besar. Generasi kedua dan ketiga kami (yang juga termasuk bukan Islam) lebih berminat dalam produk halal dan amat komited untuk mengambilnya.

"(Ini) disebabkan kebersihan produk (dan sentimen bahawa) membawa kami kembali kepada agama dan budaya (Islam) yang menghubungkan kami sebagai sebuah masyarakat," katanya.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...