Friday, April 15, 2016

[Video] Menteri Luar Arab Saudi Sahkan Derma 2.6b #RespectMyPM #KekalNajib


Arab Saudi mengakui menyumbang sebanyak RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai sumbangan politik.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Luar Adel al-Jubeir selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib.
Kunjungan hormat dibuat sebagai program berasingan sempena Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki.

Ujar al-Jubeir, sumbangan itu dibuat secara ikhlas, tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

"Kami juga sedia maklum bahawa Peguam Negara Malaysia sudahpun menjalankan siasatan rapi mengenainya dan tiada salah laku dalam hal berkenaan," kata beliau.

"Justeru itu, apa yang kami tahu, tiada apa lagi yang perlu dikatakan," tambah al-Jubeir.

2 comments:

  1. Menteri Luar Arab Saudi berkata pada February lepas duit pelaburan, sekarang cakap derma...mana satu betul Pak Arab oii!!

    ReplyDelete
  2. Dulu kata duit pelaburan dan bukan dari kerabat diraja, sekarang lain pula Pak Arab ni. Suka hati mak bapak dia pula...boleh percaya ke?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...