Monday, May 9, 2016

Kecuaian Besar #KTMB - Tren Aral Mengundur Sendiri Sejauh 5KM Tanpa Sedar?

Gambar Hiasan

Pagi ini saya menerima satu pesanan ringkas dari Whats'App mengenai satu lagi kes 'berjangkit' terhasil daripada kecuaian pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dirasakan jika tidak diambil serius, kemungkinan ia boleh melibatkan kemalangan jiwa malah semua yang terlibat boleh dipecat.

Selepas seluruh Malaysia dikejutkan dengan kejadian kemalangan di antara tren Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan tren Ekspres Rakyat 13 gerabak pada hari Sabtu lepas, satu lagi kejadian kecuaian berlaku lagi.

Kali ini melibatkan sebuah tren 'Aral' (2 gerabak + 1 kren + 2 troli pekerja) yang kebiasaannya digunakan untuk kerja² break down menyelenggara landasan pemeriksaan dan penyelenggaraan kereta api. Untuk info, tren Aral ini digunakan untuk membantu kerja² break down di kawasan kemalangan antara ETS dan tren Ekpres Rakyat pada Sabtu lepas.

Di dalam pesanan What'sApp tersebut, si pelapor memberitahu bahawa pada sekitar jam 3.05 pagi, beliau telah diberitahu oleh Pegawai Operasi (PO) Azhar berdasarkan makluman daripada pemandu troli yang berada di yard kereta api di Kuala Kubu Bharu (km 322.00), tren Aral telah tiada di tempat yang sepatutnya.

Si pengadu bersama PO Azhar dan Juruteknik Semboyan Salim telah bertindak menunggang motorsikal dan mencari tren Aral tersebut menyusuri sepanjang trek kereta api dan kemudian ternampak tren Aral tersebut sedang mengundur sendiri tanpa pemandu ke arah Kalumpang.

Tidak terhenti di situ saja, si pengadu telah bertindak berlari mengejar tren tersebut dan beberapa kali cuba menahan roda tren dengan mengunakan batu² kelikir di atas landasan sehingga tren tersebut berhenti di atas jambatan Kerling (km 317.00) arah ke Kuala Lumpur.

Siasatan awal daripada PO Azhar mendapati tren tersebut tidak dikunci dan disendal dengan kayu semasa proses pemisahan antara lokomotif.


Ini adalah kejadian yang berlaku atas faktor kecuaian yang besar dari manusia. Nasib baik terjadi jam 3.00 pagi dan tren pun tak ada. Bayangkan kalau berlaku waktu siang, mungkin lagi panjang ceritanya dan lagi pening kepala Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, Datuk Ir. Nawawi Ahmad nak menjawab.

Beliau kata, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan termasuk melakukan pemeriksaan ke atas kedua-dua berkenaan (ETS & Ekpres Rakyat). Tapi saya rasa KTMB kena wujudkan satu lagi jawatankuasa khas siasat siapa punya kesilapan yang menjadi punca tren Aral tersebut bergerak sendiri.

Saya fikir, sudah tiba masanya juga KTMB memastikan prosedur keselamatan benar² diikuti oleh setiap staf mereka dengan tujuan mengutamakan keselamatan dan bukan hanya untuk diri sendiri bahkan untuk orang lain sama.

Presiden KTMB tak nak ulas apa² ker?

keadaan tren ETS yang berlanggar dengan tren ekspres penumpang

Lihat gambar kemalangan ETS dan tren Ekspres di sini.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...