Friday, June 17, 2016

Budiman Berazam Mahu Menjadi 'Lidah Rakyat' Untuk Semua Kaum & Keturunan #PRKSgBesar #SCS93


Memilih calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi akan membuatkan suara dan rintihan rakyat Sungai Besar akan diberi keutamaan di Parlimen kelak.

Begitulah janji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu jika pengundi di kawasan berkenaan memberi mandat kepadanya.

Sebagai seorang ADUN dan Setiausaha BN Selangor, semestinya Budiman tiada masalah untuk memastikan harapan penduduk berjaya diangkat sehingga ke peringkat Parlimen.

Soalnya sekarang, beliau hanya memerlukan mandat sebagai Ahli Parlimen Sungai Besar sahaja sekarang ini untuk mengembangkan lagi khidmatnya selaku wakil rakyat.

Dengan berazam untuk menjadi ‘lidah rakyat’, Budiman sudah berjanji akan mewakili semua kaum, agama dan keturunan.

1 comment:

  1. jadi kelu ader ler...berani ke tegur najib?..lidah mender??/

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...