Monday, June 13, 2016

PAS Tolak Pelawaan Mahathir Untuk Jatuhkan Perdana Menteri @NajibRazak #PRKSgBesar #PRKKualaKangsar


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menemui beliau tiga bulan yang lepas untuk membincang rencana menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Hadi berkata beliau bagaimanapun menolak pelawaan itu kerana menganggap ia tidak memberi sebarang faedah kepadanya mahupun parti itu.

“PAS tidak menentang individu…tidak menentang orang tapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar.

“Sekiranya (kalau) orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga,” katanya kepada pemberita ketika melakukan sesi ‘walkabout’ di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan, di sini hari ini.

Mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa beliau (Abdul Hadi) makan ‘dedak’ Najib, Presiden PAS itu secara sinis memulangkan soalan siapa yang mula mengajar memberi dedak sebelum ini?.

“Kerana PAS tidak makan dedak maka dengan itu PAS boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar?.

“Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku,” ujar beliau.

Mengulas saranan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad agar UMNO dan PAS berganding demi mengukuhkan kedudukan Melayu dan Islam, Abdul Hadi berkata:

“Kita ada garis panduan dalam al-Quran…kembali kepada al-Quran, hadis sepenuhnya barulah kita boleh bersatu.

“Kita tak gopoh, seperti mana rang undang undang persendirian, itu satu langkah kerjasama sangat baik dan positif,” katanya merujuk laluan yang diberikan oleh kerajaan baru-baru ini untuk beliau mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat.

Pada sesi ‘walkabout’ itu, jentera parti menawarkan beberapa aktiviti kepada orang ramai termasuk pemeriksaan kesihatan dan menukar minyak hitam motor secara percuma.

1 comment:

  1. Najib jumpa Haji Hadi berapa kali ya? Bual2 kosong je kot sebab tu banyak kali jumpa. Datang melawat kena lah bawa buah tangan kan..kan

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...