Full Width CSS

Pemuda WP Sokong Desakan Henti Bantuan & Dana Kepada Yayasan Kepimpinan Perdana @razlanrafii


Barisan kepemimpinan Pergerakan Pemuda UMNO menyokong penuh desakan supaya kerajaan menghentikan segala bantuan dan dana kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang kini dijadikan platform untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, yayasan itu kini telah disalah guna oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menghentam kerajaan di bawah kepimpinan Najib.
“Kemudahan disediakan meng­gunakan dana kerajaan tidak seharusnyadisalahgunakan untuk memperjuangkan agenda menjatuhkan kepimpinan negara.

“Kami menyokong penuh desakan supaya semua kemudahan diberikan kepada yayasan itu ditarik balik serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO, Tengku Zuhri Aziz yang juga menyokong penuh desakan tersebut turut meminta supaya bekas Perdana Menteri itu melepaskan jawatan sebagai Presi­den Kehormat yayasan itu.

“Tindakan beliau secara berterusan mahu mengguling Presiden UMNO dan Perdana Menteri bercanggah dengan realiti dan peraturan demokrasi.

“Dr. Mahathir sepatutnya mengambil langkah terhormat dengan melepaskan jawatan di Yayasan Kepimpinan Perdana kerana telah menyalahgunakannya untuk tujuan politik peribadi dan bukan untuk memenuhi objektif penubuhan yayasan itu,” ujarnya.

Post a Comment

2 Comments

  1. Sokong Najib jangan tak sokong....sokong Tun bukan dapat apa2 pun kan..kan..

    ReplyDelete
  2. kiri kanan nak jilat..tunggulah masa dan ketika

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..