Monday, June 20, 2016

Penyokong Pembangkang Tolak Cadangan Mahathir Gulingkan Kerajaan #PRKSgBesar @mpkotabelud


1. Penolakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dapat dilihat dengan ketara, bukan saja oleh rakyat tetapi juga penyokong pembangkang yang secara terbuka didekati bekas Perdana Menteri itu untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Dalam laluan itu, beliau mengkhianati semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) yang pernah meletak kesetiaan dan kepercayaan terhadapnya satu ketika dulu. Melihat beliau memusnahkan legasi sendiri adalah sesuatu yang menyedihkan.

2. Tun Mahathir masih membisu sejak kemenangan BN yang menunjukkan rakyat secara jelas menolaknya. Beliau adalah pakar manipulasi dan kerap memutar-belit logik, namun sukar melihat bagaimana beliau dapat menyangkal keputusan ini. Ini adalah kekalahan mutlak baginya.

3. ‎ Tun Mahathir perlu menerima kehendak demokrasi rakyat, walaupun ia tidak selari dengan kemahuan peribadinya. Adalah lebih baik jika beliau bersara sekarang daripada menanggung malu yang lebih besar.

4. Kejayaan besar PRK ini membuktikan Perdana Menteri amat berwibawa untuk menerajui BN bagi pilihan raya umum akan datang. Ia turut membuktikan dakwaan Tun Mahathir kononnya BN akan kalah di bawah Perdana Menteri, tidak lebih daripada satu lagi penipuan semata-mata.

5. Kempen Anti Najib yang diketuai Tun Mahathir gagal, manakala parti pembangkang kini berpecah, tidak ketentuan dan ternyata tidak layak menjadi kerajaan. Rakyat meyakini BN di bawah kepemimpinan Perdana Menteri untuk membawa pembangunan ekonomi dan keselamatan.


Dato' Abdul Rahman Dahlan‎
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan,‎
Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar.‎‎

3 comments:

  1. Jangan nak pusing la....Tun M awal2 lagi dah cakap bahawa tindakan dia bukan bertujuan untuk mengulingkan kerajaan tetapi untuk memaksa Najib meletak jawatan atau sekurang kurangnya bercuti bagi memudahkan dan tidak mempengaruhi siasatan terhadap tuduhan yg dihadapi oleh beliau. Kepada pak menteri ni tolong jangan memperbodohkan rakyat sama seperti anda diperbodohkan oleh Najib.

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro,Deklarasi Rakyat bukan bertujuan menjatuhkan kerajaan.Cuba fahamkan betul-betul Bro,Ia hanya mahu Najib disingkirkan sebagai Perdana Menteri.Itu sahaja.....

    ReplyDelete
  3. Pastikan Assmin cipta sejarah MB paling singkat di Selangork. Assmin perlu disingkir dari MB Selangor takkan PAS tak mampu atau PAS dah tak ada maruah lagi.?... pastikan mukhriz diterajang terus dari umno..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...