Full Width CSS

Peranan Besar @NajibRazak Sebagai Menteri Pertahanan Ketika Perang #Bosnia @f_kedaulatan


Dalam keadaan hiruk pikuk ketidak stabilan Semenanjung Balkan begi jelas sekali diambang perang saudara. Pastinya ramai dikalangan penduduk Bosnia Herzegovina tidak akan melupakan tarikh 6 April 1992 apabila meletusnya perang Balkan yang disifatkan oleh ramai pihak sebagai perang penghapusan etnik paling tragis dalam sejarah Eropah selepas Perang Dunia Kedua.

Pada tarikh berkenaan, kira-kira 100,000 orang penduduk Bosnia pelbagai agama dan etnik berarak secara aman bagi meraikan kemerdekaan negara itu. Salah satu tujuan perarakan itu adalah memprotes tindakan Tentera Rakyat Yugoslavia (JNA) yang dikuasai puak Serb Bosnia mengepung Sarajevo bagi memulakan perang terhadap etnik Bosnia.

Turut sama dalam perarakan itu adalah Suada Dilberovic 24 tahun yang ditakdirkan sebagai mangsa tragedi perang pertama yang maut ditangan JNA. Semasa perarakan berkenaan, Suada menemui ajalnya apabila ditembak oleh penembak curi semasa perarakan berkenaan sedang berlangsung.

Kematian Suada inilah yang dikatakan menjadi punca kepada terjadinya perang Balkan. Dalam beberapa kes, ada diantara penduduk Etnik Bosnia dibunuh oleh jiran mereka sendiri. Malah ada yang dijadikan hamba seks, dirogol berulang kali sehingga mengandungkan anak entik Serb, kandungan wanita dibelah hidup-hidup, pembunuhan beramai-ramai dan ada diantaranya menjadi buruh paksa.

Semua ini adalah sedikit daripada rentetan kekejaman tentera Serb terhadap etnik Bosnia yang kekal terpahat dalam lipatan sejarah moden sebagai pembunuhan besar-besaran tentera Serb terhadap umat Islam Bosnia.

Penderitaan penduduk Bosnia ini begitu pantas menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan Malaysia tidak terkecuali terkesan dengan apa yang berlaku. Namun begitu, tidak banyak negara Islam berani menghulurkan bantuan kerana khuatir akan mencetuskan masalah lain yang lebih kompleks di peringkat antarabangsa.

Namun, pendirian Malaysia jauh berbeza berbanding negara Islam lain. Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada waktu itu, memilih untuk tidak memejamkan mata terhadap permasalahan Semenanjung Balkan ini atas rasa persaudaraan sesama Islam.

Jika tidak kerana kelantangan Malaysia memperjuangkan nasib penduduk Bosnia pada ketika itu, belum tentu lagi Bosnia Heerzegovina mengecapi keamanan yang mereka alami seperti hari ini. Malaysia tidak hanya berani bersuara diperingkat antarabangsa, malah Malaysia juga bertindak menghantar bantuan kemanusiaan ke Bosnia.


Tidak cukup dengan bantuan kemanusiaan, Malaysia turut menghantar skuad elitnya, Grup Gerak Khas untuk membantu mententeramkan keadaan di Bosnia. Menariknya, penghantaran ini dibuat lebih awal sebelum Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu memutuskan menghantar tentera pengaman PBB ke sana.

Komitmen Menteri Pertahanan pada waktu itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terhadap nasib penduduk Bosnia sememangnya diakui oleh Tun Dr Mahathir dan khalayak antarabangsa. Manakan tidak, sebaik dekri PBB untuk menghantar tentera pengaman di Bosnia diluluskan, beliau telah mengarahkan pembentukan tentera pengaman Malaysia yang dikenali sebagai MALBATT dihantar ke Bosnia.

Pasukan MALBATT ini diletakkan dibawah panji-panji Pasukan Perlindungan PBB (UNPROFOR) di Bosnia Herzegovina. Pasukan itu ditempatkan di tiga lokasi berbeza iaitu Konjic, Jablanica dan Pazaric.

Sesuatu yang diluar jangkaan berlaku apabila pada bulan Mei 1994, sewaktu ketegangan terlalu memuncak di Bosnia, Najib terbang sendiri ke Bosnia bagi melawat anggota tentera pengaman Malaysia yang bertugas disana.

Ironinya, seperti apa yang dilakukan pada misi UNOSOM II, beliau memastikan semua anggota pasukan MALBATT dibekalkan dengan kelengkapan yang cukup serta beliau sentiasa memantau tahap keselamatan pasukan ini setiap masa tanpa pernah jemu. Malah kebajikan keluarga yang ditinggalkan juga sentiasa diambil berat supaya anggota pasukan yang menyertai misi ini tidak terganggu dengan masalah keluarga yang ditinggalkan.

Sesuatu yang diluar jangkaan berlaku apabila pada bulan Mei 1994, sewaktu ketegangan terlalu memuncak di Bosnia, beliau terbang sendiri ke Bosnia bagi melawat anggota tentera pengaman Malaysia yang bertugas disana. Kehadiran beliau nyata begitu mengejutkan kerana tiada seorangpun pemimpin dunia berani menjejakkan kaki ke zon perang yang paling teruk didunia.

Malah beliau sanggup mengenepikan nasihat dan arahan PBB yang melarang semua pemimpin dunia supaya tidak menjejakkan kaki ke Bosnia memandangkan keadaan disana terlalu tegang pada waktu itu. Sebagai seorang Menteri Pertahanan, beliau pastinya sedar akan arahan berkenaan, namun atas rasa tanggungjawab beliau, beliau memilih melanggar arahan berkenaan.

Beliau dilaporkan hanya menggunakan kereta biasa sahaja sewaktu melawat semua kem-kem tentera Malaysia di Bosnia dan tindakan ini dianggap sebagai berisiko kerana penembak curi sentiasa mencari ruang untuk menembak sesiapa sahaja yang berkeliaran pada waktu itu.

Atas nama keprihatinan yang mendalam, beliau meninggalkan anak dan istterinya di Rom, Itali kerana mahu meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama pasukan tentera kita di Bosnia. Dengan disiplin dan keberanian yang tinggi serta keberanian dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Mohd Najib serta barisan kepimpinan negara, hari ini penduduk Bosnia Herzegovina menyanjung tinggi kepimpinan Malaysia.

Sepanjang perperangan itu berlangsung, lebih 200,000 nyawa terkorban manakala lebiih 1.8 juta orang lagi hilang tanpa dapat dikesan sehingga kini. Selain daripada itu, tidak kurang dari 50,000 orang wanita Islam Bosnia di perkosa oleh tentera Serb dan Croat.

Selepas lebih 3 setengah tahun berlarutan, akhirnya pada 20 Disember 1995, perang saudara paling tragis dalam sejarah dunia ini berakhir dan pada tahun yang sama jugalah Datuk Seri Mohd Najib menamatkan perkhidmatan beliau selaku Menteri Pertahanan bagi menjawat jawatan baru sebagai Menteri Pendidikan.

kisah benar dari buku Merintis Jalan Damai, Pembabitan Najib Dalam Menyelamatkan Umat Islam Bosnia dan portal PRU14.

‪#MYfrontline‬
‪#‎BarisanhadapanMY‬

Sumber : Friends of Kedaulatan

Post a Comment

5 Comments

  1. kakkakakakak....cari duit raya ke? licin menjilat nampak....
    xpe..xpe...teruskan....kawan paham...nak raya kan...kurrrr...kurrrr...kurrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat org yg sakit jiwa dan kotor hati..
      tkpe bro selagi ada nyawa bertaubatlah

      kalau dh habis nyawa.. merangkak di Mahsyar xboleh nk buat apa lg..

      Salam Ramadhan

      Delete
  2. Itulah hakikat DS Najib amat berani orangnya. Hanya orang yang sakit jiwa dan hati tak betul aje yang akan mentertawakannya. Seorang saudara saya juga adalah antara yang terlibat di Bosnia. Setakat bom meletup tu dah jadi rutin harian untuk 24 jam tanpa henti. Itulah bayangan betapa dahsyatnya perang di Balkan ini. Kita di sini baru dengar mercun meletup pun dah terkejut sangat.

    ReplyDelete
  3. kisah benar dari buku Merintis Jalan Damai, Pembabitan Najib Dalam Menyelamatkan Umat Islam Bosnia dan portal PRU14.

    Tolong..kisah bosnia ni..najib pergi ke sana aku tau..atas arahan tun..bukan najib yg selamatkan..tapi tun..jgn padamkan nama tun utk jilat najib!

    ReplyDelete
  4. blogging and goblog is your new slogan

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..