Full Width CSS

Tahniah #BarisanNasional Kekalkan Kerusi Dengan Majoriti 6,969 & ,191 #PRKSgBesar #SCS93


Keputusan Rasmi Kuala Kangsar

BN 12,653
PAS 5,684
PAN 4,883
Bebas 54

BN menang Majoriti 6,969

Keputusan Rasmi Sungai Besar

BN 16,800
PAS 6,902
PAN 7,609

BN menang Majoriti 9,191

Sepertimana yang kita sedia maklum, sejak dari awal diumumkan kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Pakatan Tun Mahathir dan Kit Siang telah mencanangkan 2 perkara :

1. Jadikan Pilihanraya Kecil ini sebagai referendum rakyat untuk menolak kepimpinan Najib Tun Razak.
2. Jadikan Pilihanraya Kecil ini sebagai bermulanya kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada PRU 14.

SEBALIKNYA 6969 DAN 9191 membawa maksud :

1. BN menang di Sungai Besar dengan peningkatan Majoriti Sebanyak 23.03 kali ganda iaitu dari 399 kepada 9,191.
2. BN menang di Kuala Kangsar dengan peningkatan Majoriti Sebanyak 6.44 kali ganda iaitu dari 1,082 kepada 6,969.
3. Undi BN (16,800) di Sungai Besar adalah 2,289 undi lebih banyak dari undi PAS (6,902) + PAN (7,609).
4. Undi BN (12,653) di Kuala Kangsar adalah 2,086 undi lebih banyak dari undi PAS (5,684) + PAN (4,883).

APA ERTINYA KEPUTUSAN INI?

1. Disebalik fitnah, celaan dan pengkhinaan, akhirnya Mahathir mengakui rakyat ternyata menerima kepimpinan Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan menolak Deklarasi Mahathir-Kit Siang.
2. Rampasan kuasa Tun Mahathir sebagai "Ketua Pembangkang" dari Anwar Ibrahim menjadikan Pembangkang sebagai sebuah pasukan yang GAGAL BERPAKAT dan TIADA HARAPAN.
3. Komponen utama BN seperti MCA, MIC dan Gerakan jelas mempertontonkan kematangan mereka dengan mengenepikan perbezaan berhubung RUU355 dan fokus berkerja kuat untuk BN.  Satu sikap yang mampu menghasilkan keputusan yang positive pada PRU14.
4. Rakyat ternyata telah lali dengan fitnah pembangkang berhubung  1MDB, 2.6b dan GST.  BN kini mempunyai jentera jalinan rakyat, penerangan bersemuka dan jentera cyber yang mampu memberikan tentangan hebat kepada pembangkang.
5. Gandingan Mantap Najib dan Zahid yang telah jelas diuji dengan pelbagai dugaan, kini sudah bersedia untuk pemimpin BN bagi memenangi PRU14 dengan majoriti 2/3 pada bila-bila masa dari sekarang.

Post a Comment

1 Comments

  1. Berdasarkan keputusan PRK tersebut pembangkang bersatupun tak boleh menang...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..