Thursday, August 18, 2016

Tajuk Berita Kosmo Amat Menghampakan Semangat Patriotik Rakyat


Kalah ataupun menang sudah pasti menjadi ukuran untuk memastikan sokongan padu terus diberikan kepada atlet² yang bertanding khususnya di Olimpik Rio 2016, Brazil. Barangkali itu yang berlaku di luar negara dan bukannya di Malaysia.

Kita harus akui bahawa rakyat Malaysia sudah semakin matang dan profesional menterjemah sokongan terhadap atlet² Malaysia yang bertanding mewakili negara. Untuk beraksi di peringkat Olimpik, seseorang atlet tersebut perlu melalui pelbagai saringan di mana mereka perlu melepasi tahap tertentu bagi melayakkan mereka ke Brazil. Itu perkara asas yang kebanyakan antara kita ketahui.

Realitinya juga kita sebagai penyokong tidak mudah mencemuh ataupun memberikan kata² yang menyebabkan mood sokongan kepada atlet Malaysia menjadi hambar ataupun membuatkan mereka para atlet merasa kehilangan sokongan rakyat di tanah air. Itu adalah fakta.

Setelah menonton aksi perlawanan badminton akhir pasangan beregu badminton negara yang kecundang kepada lawan dari Indonesia, tidak sedikit pun perasaan atau sokongan kepada atlet negara berkurangan. Apa yang saya dan jutaan rakyat Malaysia rasai adalah kita semakin bersemangat dan berdoa untuk kejayaan beregu lelaki seterusnya.

Yang menjadikan hal ini pelik adalah, apa kejadahnya akhbar Kosmo kata pasangan beregu Malaysia yang tewas tersebut telah menghampakan jutaan rakyat Malaysia?

Kami tidak merasa langsung perasaan tersebut dan apa yang pasti kami gembira dengan penambahan koleksi pingat negara serta berdoa untuk kejayaan atlet seterusnya. Ini yang kami rasai.

Barangkali penulis tersebut seorang saja yang merasai hampa atau barangkali juga penulis tewas dalam pertaruhan / betting atau barangkali juga beliau dah ketandusan perkataan yang lebih sesuai untuk dijadikan headline akhbar.

Kepada penulis tersebut, jangan sesekali gunakan perkataan yang membuatkan penyokong / rakyat merasa tak syok atau merasa tidak gembira dengan pencapaian atlet kita. Seharusnya penulis lebih kreatif dan positif dalam penulisan. Bakar semangat rakyat untuk pamerkan sokongan. Dalam masa yang sama penulis perlu menerapkan semangat / nilai² patriotisme di kalangan pembaca agar rakyat terus hidup bersatu dan cintakan tanah air memandangkan bulan ini merupakan bulan kemerdekaan negara.

Contohi Utusan Malaysia, gambar dan headline penuh dengan nilai positif.


1 comment:

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...