Full Width CSS

DAP Tetap Dengan Keputusan Pecat Separuh Penjawat Awam Jika Berkuasa Kelak


DAP KONSISTEN:JIKA DAP MEMERINTAH NEGARA SEPARUH PENJAWAT AWAM DIKURANGKAN. PENANG INSTITUTE MILIK DAP KATA 430 RIBU ORANG SAHAJA!

Sejak 2011, DAP melalui Tony Pua, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP MP Petaling Jaya Utara sudah menguar-uarkan jika Pakatan yang didominasi DAP Menang mereka akan mengurangkan separuh penjawat awam di negara ini.

Hari ini Penang Institute yang ditubuh DAP sebagai "Think Tank" DAP kembali mempublisitikan idea Tony Pua DAP itu.

Menurut Think Tank DAP itu Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, bersamaan 5.5% daripada penduduk negara ini. Jerman juga mempunyai perkhidmatan awam yang besar tetapi 4.18 juta penjawat awam itu bekerja dalam ekonomi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar mencecah AS$3.636 trilion.

Jadi jika membandingkan Malaysia dengan Jerman menggunakan KDNK Malaysia AS$375 bilion maka Malaysia hanya perlukan 430,000 orang penjawat awam

Bayangkan jika penjawat awam ini dibuang!

i. Jumlah guru di negara ini sahaja 420,000 orang.
ii. Jumlah anggota Polis pula sekitar 110 ribu.
iii. Jumlah anggota Tentera 150 ribu orang.

Tiga sektor ini sudah merangkumi separuh daripada jumlah kakitangan kerajaan. Ini belum mengambil kira penjawat awam lain seperti PTD, bilangan pegawai perubatan dan sokongan kesihatan, pasukan bomba dan penyelamat dan pasukan pertahanan awam.

Malah setiap tahun pengambilan penjawat awam secara terbuka diambil untuk mengisi kekosongan.

Jadi kalau DAP kata hendak kurangkan penjawat awam tu siapa agaknya yang terlibat?

Sumber : Wa Sengat Lu

Post a Comment

2 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..