Friday, November 18, 2016

Orang Sibuk Berdemo Anak Muda BN KL Sibuk Bincang Hala Tuju Masa Hadapan #Youth4BetterNation


Tatkala geng mangkuk kuning sibuk nak menganjurkan perhimpunan haram BERSIH BERSHIT 5 di sekitar Kuala Lumpur, anak² muda dalam bandar khususnya mewakili parti² komponen Barisan Nasional (BN) berhimpun dan berbincang serta mencari langkah terbaik demi masa depan yang lebih positif buat semua.

Bengkel Anak Muda Bandar 2016 menghimpunkan hampir 300 orang anak muda dari seluruh Wilayah Persekutuan dari pelbagai latar belakang keluarga dan pekerjaan ini bertujuan mencari isu² serta solusi terbaik buat anak bandar.





Pentingnya suara anak muda bandar hari ini adalah bagi memastikan aspek² penting yang perlu difokuskan kepada golongan ini tidak ketinggalan dan tercicir. Untuk info, segala hasil perbincangan akan diperhalusi dan bakal dibentangkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan DS Tengku Adnan.

Peserta dipecahkan kepada 5 kluster fokus iaitu Pendidikan, Sosial, Kebajikan, Ekonomi dan Politik. Setiap kluster akan diketuai oleh Profesor dan Doktor yang mempunyai pemahaman luas mengenai isu yang hendak disampaikan.

Seterusnya bakal dikongsikan kepada pihak berwajib bagi memastikan segala perancangan masa hadapan akan melibatkan segala idea dan pandangan anak-anak muda dalam bandar.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Apa yang penting, anak muda dalam bandar hari ini terutamanya daripada komponen BN tidak berminat dengan demontrasi tak menguntungkan langsung kepada mana² pihak.



Lagi gambar di facebook - Pemuda Wilayah

'Konvensyen Anak Muda Bandar WP'

bersama Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan

19 Nov 2016 | Sabtu | 8.00 Pagi
RTM

1 comment:

  1. Tak payahlah habis duit puluhan ribu, berseminar,
    nak tahu ke mana hala tuju kamu anak-anak muda.
    Dah tahu dah awal-awal .....MENUJU KE LONGKANG.
    Takda masa depan lagi, selagi Najib jadi PM.
    Duit kita habis diropaknya dan negara digadai kepada
    CINA PRC.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...