Tuesday, November 1, 2016

Tunggu Tren Tak Sampai Dalam 15 Minit, Boleh Naik Free ! #RapidKL


Tahukah anda sekiranya anda menunggu tren LRT, Monorel atau MRT melebihi tempoh 15 minit dan anda layak mendapat voucher / kupon perjalanan sehala secara percuma?

Hal ini telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri di Dewan Rakyat semalam berkenaan kelewatan perkhidmatan LRT dan Monorel dan bagaimana tuntutan boleh dilaksanakan.

Dalam satu kenyataan daripada pihak Prasarana memberitahu bahawa pengguna boleh membuat tuntutan berkenaan sekiranya mereka sudah membeli tiket tetapi tidak ingin meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan LRT berikutan kelewatan tren tersebut.

Sekiranya pengguna masih meneruskan perjalanan dengan menaiki LRT,  hak tuntutan itu terbatal dengan sendirinya.

Contohnya macam ni.


Leman tengah tunggu tren LRT di KL Sentral menuju ke KLCC. Tunggu punya tunggu dah mengambil masa 15 minit. Rupa²nya tren ada masalah teknikal. So sekiranya Leman mengambil keputusan keluar daripada stesen untuk mencari alternatif lain, maka beliau layak menerima voucher  / kupon perjalanan sehala percuma.

Tetapi jika Leman mengambil keputusan untuk menunggu tren sehingga tiba dan beliau menaiki tren berikutnya ke destinasi, maka Leman tidak layak untuk menerima voucher / kupon seperti yang ditawarkan tersebut.

Voucher / kupon tersebut hanya sah selama 5 hari daripada tarikh ianya dikeluarkan.

"Polisi sama akan digunapakai untuk laluan MRT yang dijangka mula beroperasi pada hujung tahun 2016 dan bakal dikendalikan oleh Prasarana," ujar Nancy.

2 comments:

  1. KTM Komuter macam mana plak bro????

    ReplyDelete
  2. terbaik RAPID KL btanggungjwb

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...