Wednesday, November 30, 2016

UMNO Berjaya Disebabkan Sokongan Padu Ahli² - @NajibRazak #PAU2016


Kejayaan UMNO sebagai tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan dicapai dan dikecapi pada hari ini tanpa sokongan padu jutaan anggota parti, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Presiden UMNO itu berkata kejayaan dan limpahan rahmat itu malah turut dikecapi dan dinikmati oleh rakyat Malaysia pada keseluruhannya.

"Banyak yang telah dicapai oleh negara hingga detik ini. Barisan Nasional sebagai kerajaan bertanggungjawab, dengan sokongan padu UMNO bersama rakan parti komponen, sentiasa mengotakan janji dengan memberi khidmat bakti demi manfaat rakyat Malaysia.

"UMNO bukan hanya berkhidmat untuk orang Melayu tetapi untuk semua tanpa batasan kaum, agama atau latar belakang, katanya.

Datuk Seri Najib yang juga perdana menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah pembangunan Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC).

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...