Full Width CSS

Malaysia Dapat Semula Kuota Haji 27,800 Jemaah Tahun Ini


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan Arab Saudi telah mengembalikan kuota berkenaan selepas penarikan balik pengurangan kuota jemaah haji sebanyak 20 peratus terhadap jemaah asing yang dikuatkuasakan pada 2013, dengan kuota jemaah haji Malaysia berkurangan kepada 22,230 orang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 45 surau dan tujuh masjid dalam Parlimen Tumpat yang terlibat banjir di sini.

Sumbangan tersebut adalah pemberian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Yayasan Takwa. Setiap surau memperolehi RM500 manakala masjid mendapat RM2,000.

Post a Comment

0 Comments