Thursday, February 23, 2017

#Prasarana Bakal Melatih Pemandu Tren & Penyelia Operasi #MRTJakarta


Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pengendali operasi, Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di Arab Saudi telah berjaya mendapat kontrak menyediakan latihan kepada penyelia operasi dan pemandu sistem transit aliran massa (MRT) Jakarta.

Kejayaan ini diperolehi menerusi anak syarikat Prasarana iaitu Prasarana Integrated Management & Services Engineering (PRIME) dengan skop penyediaan latihan di bawah perjanjian dengan Akademi Perkeretaapian Indonesia (API), yang merupakan pusat latihan kereta api utama di republik itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, PRIME yang telah secara agresif berusaha meneroka di pasaran antarabangsa terutamanya selepas kejayaan operasi MMMSL berkata, surat penerimaan cadangan latihan telah diterima pada bulan Januari.

Latihan untuk kakitangan rel Indonesia akan dijalankan oleh Akademi Rel , yang merupakan pusat latihan yang diiktiraf antarabangsa di bawah pengurusan Rapid Rail Sdn Bhd, yang merupakan satu lagi anak syarikat Prasarana.

"Kumpulan pertama 10 pemandu dan 5 penyelia tren akan datang ke Akademi pada bulan April 2017, dan yang kemudian disusuli kelompok seterusnya disamping peluang menambah kerjasama di bidang-bidang lain," kata Ketua Pegawai Eksekutif PRIME, Puan Masnizam Hisham.

Beliau berkata kerjasama antara Prasarana dan MRT Jakarta telah terlaksana selepas kedua-dua pihak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Jakarta pada Oktober tahun lepas. Di bawah MoU itu, Prasarana telah bersetuju akan berkongsi pengalamannya dalam perancangan dan operasi aliran rel bandar dengan pengendali Indonesia.

MoU itu juga menyatakan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneroka kemungkinan pertukaran maklumat, kepakaran teknikal dan operasi, dan pengetahuan untuk meningkatkan dan membangunkan keupayaan bersama mereka.

"Lanjutan daripada pemeteraian MOU ini, kami dan MRT Jakarta mempunyai beberapa siri perbincangan dan lawatan sambil belajar antara dua pihak. Dalam salah satu daripada lawatan pada Julai tahun lepas, kami telah menawarkan potensi Prasarana dalam perkhidmatan operasi dan perundingan bagi penyelenggaran sebagai “shadow operator” dan penyediaan latihan kepada kakitangan MRTJ Jakarta.
"Kami gembira kerana rakan-rakan kami di Indonesia sangat terbuka dengan cadangan dan sebagai langkah permulaan, mereka akan menghantar pemandu tren untuk dilatih di Akademi Rail kami.” tambah Masnizam yang juga Pengarah Projek bagi operasi MMMSL .

Prasarana mendapat kontrak tiga tahun untuk penyelenggaraan dan operasi MMMSL dari 2015.

Bagi tahun kedua operasi tahun lepas, Akademi Rail juga menyediakan latihan bagi kepada 27 pemandu tren Arab Saudi untuk menyokong operasi haji MMMSL, yang telah dinobatkan sebagai yang terbaik dalam sejarah perkhidmatan sejak 2010.

1 comment:

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...