Friday, April 21, 2017

Pengalaman Memalsukan Dokumen Punca Adam Rosly Lakukan Serupa Pada SPRM?


Ketua Angkatan Muda Korup Keadilan (AMK) Ampang Dato' Adam Rosly didakwa hari ini di mahkamah atas pertuduhan memberikan dokumen dan keterangan palsu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Aku syak kemungkinan Adam dah terbiasa membuat perkara sebegini selama berjawatan penting di sisi Ahli Parlimen Ampang YB Zuraidah. Yela, kemungkinan berlaku pemalsuan dokumen melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor barangkali berlaku. Hal tersebut memungkin juga beliau bergelar jutawan pada usia muda.


Jika difikirkan kembali, Adam tak perlu menipu atau berbohong untuk melepaskan dirinya walhal kita ketahui kesalahan yang dilakukan sedang disiasat. Patutnya Adam bercakap benar dan akui kesilapannya.

Tapi kemungkinan seperti aku syak awal tadi, barangkali dia dah pernah buat demikian berulang kali dan ianya membuahkan hasil, tentu sekali Adam mengulangi perkara yang serupa dengan harapan pihak SPRM tidak menyedari penipuan tersebut.

Adam fikir dia bijak dan SPRM terdiri daripada orang² bodoh sebagaimana ROS yang lembap tu nak putuskan status parti DAP sebelum ini. Namun jangkaan tersebut meleset dan akhirnya memakan dirinya dan keluarga.

Aku syak lagi, dia ni mungkin pernah buat surat palsu kepada PBT menggunakan nama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga Azmin Ali. Aku syak je la bukannya tuduh. Pegawai di PBT terpaksa akur kerana mamat ni kemungkinan juga kaki jual nama pemimpin negeri.


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...