Full Width CSS

Orang Ramai Berpusu² Semak Wang Yang Tidak Dituntut Selepas Tular Di What'sApp


Beberapa minggu lepas, viral mengenai makluman Wang Tak Dituntut (WTD) oleh orang ramai iaitu pemilik akaun bank disebabkan beberapa faktor antaranya akaun bank telah ditamatkan disebabkan tidak aktif dan sebagainya.

Nak faham lebih lanjut, meh baca perkongsian di bawah.

"Lepas up post pasal Wang Tak Dituntut(WTD) tadi, ramai sangat yang tanya kesahihan dan cara nak check WTD ni.  WTD ni betul-betul boleh dituntut oleh orang ramai.

Almaklumlah ada orang suka nak buka akaun bank merata. Lebih 10 bank kot dari kecik sampai besar. Hahaha...lepas tu terbiar. Tak tau pulak ada duit dalam tu dan boleh reclaimšŸ˜„

BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA
(Pada 17.7.17, Isnin)

Ini apa yang sya lalui untuk check WTD. Kotlah ada RM50-RM60 dalam tu kan. Duit jugak, siapa nak bagi.

Pagi, dalam jam 9 lebih, sya call 0320568055, Bahagian Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Tanya kat dorang camne nak check WTD.

Pegawai tu akan tanya lokasi kita kat mana. Since sya di KL, pegawai tu mention tingkat 42, Menara Maybank Kuala Lumpur.

Kalau u all luar KL, pegawai tu akan bagi tempat terdekat utk check. Takdelah yang Kedah, Johor pun kena datang KL untuk check. BUKAN check di bank tau. Check di Pejabat Wang Tak Dituntut.

(Ini tak bermakna untuk akaun Maybank sahaja, #semua jenis #bank dalam Malaysia, saham, pelaburan dan insurans pun akan di check sama.

Bawa IC je kalau nak check. Melalui IC nanti dorang detect, akaun dari institusi kewangan yang mana duit korang masih berbaki. Semua yang ada baki akan keluar. Kalau tak ada balance duit, kaunter akan maklumkan tak ada. So, korang boleh la balik tanpa perlu isi borang segala tu.

HANYA PENAMA je boleh check akaun sendiri.

Kalau nak check untuk ahli keluarga yang uzur, silalah bawa surat pengesahan kesihatan dari Klinik/Hospital dan surat sokongan yang menyatakan hubungan kita dengan pesakut.

Kalau nak check untuk orang yang dah meninggal dunia, silalah bawa surat mati dan surat sokongan yang menyatakan hubungan kita dengan si mati.

Andai kata dah check, lepas tu memang ada lebihan duit kita kat situ, dorang akan suruh isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).

Sya pun terkejut jugak sebab ada 4 angka(ribu) duit dalam tu. Alhamdulillah. Tapi tak la terkejut beruk macam orang dapat 5 angka(puloh ribu).

Memandangkan duit yang ada datang dari akaun bank lain, sya kenalah ke bank berkenaan untuk buat pengesahan. Contoh Surat Pengesahan pun dorang dah bagi sekali. Just serah kat bank berkenaan untuk dorang copy je.

Esok sya akan ke sana lagi untuk proses terakhir, penyerahan borang tuntutan dan dokumen sokongan. Lepas tu, tunggu je la duit masuk dalam akaun dalam tempoh 30hari.

Senang sangat.

Nasihat

1. Please la pergi check. Kalau tak check, tak tau kan.

2. Dah check, tapi tak ada. Jangan kecewa. Berlapang dada. Mungkin ada rezeki lain yang Allah nak bagi tu. Bersangka baik dengan Allah.

3. Dah check. ADA! Once duit dah masuk akaun, perkara pertama kena buat, bayar ZAKAT SIMPANAN. Tak banyak. 2.5% je dari jumlah duit yang kita dapat tu. Mana tau, zakat WTD ni asbab utk kita dapat rezeki berkat yang lebih banyak lagi. Kita tak tau kan? JANJI ALLAH ITU PASTI.

4. Doakan insan2 yang memviralkan pasal WTD ni terus dilimpahkan rezeki yang mencurah2. Kalau dorang tak viralkan, kita pun tak tau.

5. Andai kata no. tel di atas susah untuk ditembusi, silalah dail nombor2 ini:

šŸ“ž0320568052
šŸ“ž0320568053
šŸ“ž0320568054

Sekian.

Semoga post ini membantu sahabat sekalian."

Harian Metro - 25 Julai 2017

RATUSAN pemegang akaun bank beratur di Menara Maybank di Kuala Lumpur bagi membuat semakan wang di Bahagian Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) susulan isu WTD tular di media sosial sebelum ini.

Tinjauan Harian Metro sejak 9 pagi hari ini mendapati orang beratur panjang bagi mendaftar nama sebelum diberi nombor giliran untuk membuat semakan di Bahagian Pendaftar Wang Tak Dituntut, Tingkat 42.

Kakitangan JANM yang bertugas di kaunter berkata, orang ramai mula beratur sejak 8.30 pagi dan mereka terpaksa membahagikan barisan kepada dua bahagian iaitu warga emas dan bukan warga emas.

Keadaan bagaimanapun terkawal dan tidak menimbulkan suasana tidak diingini.

Wartawan yang turut beratur sejak 9.50 pagi terpaksa mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mendaftar nama di ruang kaunter kakitangan JANM sebelum sekali lagi beratur untuk naik ke tingkat 42.

"Encik perlu tunggu sebelum dibenarkan ke tingkat 42 kerana kita perlu mengurangkan kesesakan di Bahagian WTD.

"Setiap hari, kami hanya hadkan 2,000 pemegang akaun saja untuk membuat semakan," katanya.

Sehingga 11 pagi ini, orang ramai masih beratur untuk membuat semakan.

Seorang pemilik akaun yang enggan dikenali berkata, dia datang membuat semakan selepas terkejut melihat rakannya yang hanya mempunyai baki belasan ringgit di dalam akaun bank tidak aktif kira-kira 10 tahun lalu mempunyai sejumlah RM700 di dalam senarai WTD.

"Sebab itu hari ini saya sanggup beratur panjang sejak 10 pagi kerana kalau dapat RM300 ke RM400 pun sudah berbaloi," katanya.

Semakan WTD hanya boleh dibuat sendiri oleh pemilik akaun dengan hanya membawa kad pengenalan dan WTD akan dipindahkan terus ke mana-mana akaun mereka yang aktif.

Post a Comment

3 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..