Full Width CSS

Pembangkang Dah Ketandusan Modal Tibai Barisan Nasional #Negaraku #KekalNajib #RespectMyPM


Pembangkang sebenarnya dah tiada modal nak lawan Barisan Nasional, maka mereka serang dan tembak Perdana Menteri DS Najib Razak seorang saja. Pelbagai nama dan gelaran mereka gunapakai semata-mata bagi memberi imej negatif terhadap kepimpinan negara. Tak cukup dengan itu, mereka juga terpaksa menyerang peribadi, kepimpinan dan pelbagai lagi.

Di sebelah rakyat sebenarnya tidak merasai kesan seperti yang diadu domba oleh Pembangkang kononnya PM atau kerajaan kita curi duit rakyat, rompak secara terselindung. Itu hanya tuduhan tanpa bukti dan rakyat tak nampak pun apa sebenarnya yang Pembangkang cuba tunjukkan. Cuma yang berlegar hanya persepsi di kalangan rakyat.
Kerana maksud gambaran duit rakyat dicuri tersebut seolah-olah wang simpanan rakyat diambil tanpa keizinan mahupun pengetahuan oleh kerajaan. Walhal contoh jika sebelum ini di dalam akaun bank rakyat terdapat RM1,000 dan dalam tempoh berikutnya seperti ditetapkan mungkin nilai tersebut bertambah dek faedah / dividen yang diberikan jika nilai simpanan tersebut masih sama. Tak berkurang secara automatik pun kecuali berlaku pengeluaran atau caj yang dikenakan pihak bank.

Duit gaji / elaun / bantuan daripada kerajaan, rakyat masih terima secara terus ke dalam akaun bank peribadi tanpa melalui sebarang sekatan daripada kerajaan. Begitu juga jika rakyat nak bercuti ke mana-mana destinasi baik di dalam atau luar negara, tiada halangan dikenakan kecuali atas beberapa faktor yang telah ditetapkan pihak Imigresen.


Tak dinafikan kehidupan rakyat semakin baik dari tahun ke tahun dengan penambahan usaha sendiri untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Kita akui, memang ada sebilangan rakyat yang tidak bernasib baik, perlu dan sedang dibantu oleh kerajaan melalui pelbagai agensi.

Begitu juga dengan permasalahan kos sara hidup yang semakin meningkat tapi dalam masa yang sama kerajaan berikan pelbagai option kepada rakyat untuk buat pilihan terbaik.

Senang cerita macam ni jer, ukur baju di badan sendiri. Ikut kemampuan untuk berbelanja. Jangan gunapakai istilah biar papa asalkan bergaya kerana ianya boleh membuatkan hidup kita terumbang ambing antara gaya hidup semasa ataupun keperluan hidup.

Post a Comment

0 Comments