Monday, November 27, 2017

Ku Nan Dah Jawab Balik Isu UiTM & Dirinya, Cuba Baca Ni...


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas golongan tertentu yang sengaja memutarbelitkan kenyataan beliau dalam satu majlis baru-baru ini berkaitan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jelasnya, niat beliau yang menimbulkan soal pembelajaran dan kemasukan ke universiti dalam ucapan terbabit adalah sebagai motivasi kepada para penuntut yang hadir dalam majlis berkaitan.

“Saya tak tahu ada di dalam majlis tersebut puak-puak yang nak mengambil kesempatan nak melaga-lagakan pihak UMNO atau saya dengan UiTM,” katanya kepada UMNO-Online.

Ucapan beliau pada majlis Anugerah Nadi Negara 2017 Sabtu lalu telah disunting dan tidak disiarkan sepenuhnya lantas menjadi tular sehinggakan mengundang kritikan khususnya golongan pembangkang.

“Sebenarnya UiTM ditubuhkan oleh UMNO sendiri, hasrat ditubuhkan ialah nak memberi peluang khususnya anak bangsa atau orang Melayu untuk melanjutkan pelajaran mereka kerana kita sedar bahawa ada anak-anak Melayu yang kadang-kala mereka tidak mencapai tahap untuk masuk ke institusi pengajian tinggi, itu sebab UMNO tubuhkan UiTM.

“Niat saya bukan hendak mengecilkan graduan-graduan UiTM itu sendiri tetapi untuk mengingatkan semula kepada penuntut-penuntut apa yang telah kerajaan lakukan dalam segi dasar ekonomi baru, dari segi sosio ekonomi, pelajaran dan pendidikan yang juga diberi penekanan; bahawa anak bangsa ini diberi pendidikan yang sebaik-baiknya.”

Tegas beliau, apa yang telah dicapai hari ini oleh bangsa Melayu bukanlah sesuatu yang boleh terjadi sebegitu sahaja.

“Saya tak faham apa yang mereka cuba lakukan (putar belit). Saya tidak ada niat selain daripada nak beri satu pemikiran yang berbeza sedikit, untuk matang supaya orang-orang Melayu disedarkan semula bahawa tanpa UMNO kita tidak akan capai apa yang kita ada pada hari ini.”

“Apa yang kita capai pada hari ini bukanlah satu perkara yang terjadi begitu saja tetapi telah dirancang oleh datuk nenek moyang kita dahulu di bawah UMNO sebagai satu kerajaan untuk menyediakan tempat-tempat dan ruang-ruang sebagaimana yang kita capai pada hari ini.

“Niat saya ikhlas untuk mengingatkan semua bahawa kita diberi segala peluang oleh kerajaan yang ada hari ini; kerajaan ini hendak memastikan orang-orang Melayu mendapat pendidikan sebaik mungkin dan mendapat pembelaan.”

Terang beliau, dulu UiTM ini hanya ITM yang menyediakan kursus-kursus diploma tetapi kerajaan telah mengangkat tarafnya menjadi universiti sebagaimana sekarang.

“Kita sentiasa memerhati dan melihat, kita mendukung supaya dapat kita tingkatkan (pendidikan) sehingga kursus-kursus kedoktoran pun ada di UiTM hari ini.

“UiTM hari ini telah bertukar wajah daripada satu institut kepada universiti yang barangkali sama taraf dengan universiti-universiti antarabangsa yang lain malah kita juga menjemput anak-anak UiTM ini dalam program-program UMNO, minta bantuan mereka untuk bantu apabila kita ada program-program yang tertentu,” jelasnya lagi.

2 comments:

  1. Ayooooo!!!!!

    RUPANYA KU NAN ANGGAP SEMUA MELAYU ARE 'SLOW LEARNERS'.
    Kalau takda Uitm, tak dapatlah Melayu melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti kerana tidak berkelayakan, terpaksa dibantu.

    ReplyDelete
  2. Masih lagi cakap barangkali sama taraf. Maknanya masih tak percaya. Sebagai bekas graduate itm pada tahun 1971 saya terguris walau pun saya sudah bersara. Anak saya masuk uitm juga dan sudah mendapat kerja. Dia tidak menganggur walau pun sehari kerana dia diterima dengan baik oleh syarikat swasta. Bangsat punya menteri.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...