Saturday, November 18, 2017

Parti Bunga Madey Tidak Akan Bertanding PRU 14, Ini Sebabnya..


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berdepan tamparan hebat dengan kemungkinan hilang kelayakan menyertai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) jika masih gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) dalam tempoh yang ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Surayati Ibrahim berkata, parti berkenaan didapati melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966 kerana kegagalannya mengadakan AGM dalam tempoh sepatutnya.
Jelas beliau, PPBM yang pertubuhannya telah diluluskan lebih setahun lalu sepatutnya selesai mengadakan AGM dalam tempoh berkenaan, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Beliau mengakui pihaknya menerima permohonan penangguhan AGM daripada PPBM tetapi ia tertakluk kepada perlembagaan parti itu sendiri yang perlu mengadakan mesyuarat itu dalam tempoh tersebut.

"Parti ini (PPBM) telah diluluskan sejak lebih setahun lalu iaitu pada September 2016 dan jika ikut perlembagaan, mereka kena adakan AGM. Dengan kemukakan alasan wujud kelemahan dari segi struktur dalaman parti, itu bukan masalah kita.

"Mereka sepatutnya perlu bersedia, jangan beri pelbagai alasan berkenaan masalah parti, ia perlu diselesaikan segera supaya mereka dapat buat AGM dan boleh sertai PRU (PRU-14)," tegas beliau.

Surayati menyatakan perkara itu dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Pengukuhan Pertubuhan Berkualiti dan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Persatuan Bersama ROS, di sini hari ini.

Beliau seterusnya tidak menolak kemungkinan parti terbabit bakal berdepan tindakan dibubarkan jika parti itu gagal mematuhi tempoh rayuan yang ditetapkan.

Mengulas lanjut, katanya, berdasarkan perlembagaan PPBM, parti itu perlu mengadakan mesyuarat cawangan dalam tempoh 14 hari mesyuarat bahagian manakala mesyuarat perwakilan bahagian pula dalam 60 hari sebelum mesyuarat agung dilangsungkan.

Sehubungan itu, menurut Surayati, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh pada 30 November ini untuk berbincang lanjut mengenai perkara itu.

Pindahkan je lah ahli parti tu masuk DAP, senang. Sebab perangai korang pun dah bangsat macam DAP.

3 comments:

  1. BAGUSLAH................:(
    Jadi, Najib tak payah susah payah nak amik hati semua orang sampai melawt spital Tong Sing beri duit rm3 juta kat Cina yang memang dah siap kaya.
    Atau, rendahkan mertabad, gi lawat Anwar yang baru dibedah bahunya kat HBKL, bakkata pribahasa, idung tka mancung pipi tersorong-sorong. Dah susah payah penjarakan dia, tetiba tunjuk kemuliaan hati. Dalam gambo yang diwar-warkan tu, Wan Jijah pun tak sanggup duduk dekat kak semak, tunjuk kemesraan pelesu.
    Mesti ada udang disebalik mee goreng otherwise apasal susah payah sangat sedangkan pati cap muga tak akan bertanding PRU14 pun, ni ikut cakap kaulah, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa pula yg penjarakan Anwar? Bukan ker Madey Kutty? Haha baru keluar gua ni.. tak salah kita tunjukkan simpati kpd lawan yg sdg sakit terutama sakit bahu tu hahaha

      Delete
    2. HAHAHAHA........Awak yang baru keluar gua atau buat-buat tak sedar kat luar gua tu , ada orang beri Shafie Abdullah 9.5 million untuk jadi loyer Kerajaan. Tun Mahadir ke yang ulur rm9.5 million tu....????
      Come on, Saleh Kruak nasihat, jangan tengok rumput ijau di padang orang , tapi dia sendiri bukan je tengok siap masuk lagi ke padang orang tu nak negakkan benang basah.
      Siap banding-banding lagi dengan rumput depan rumah dia. HAHAHAHA......U all very funny. Senang nak tangkap isi hati yang terpendam.

      Delete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...