Tuesday, December 19, 2017

Ahli Parlimen Cheras Lapor SPRM 'Salahlaku' Menteri Wilayah Persekutuan Hahaha #Negaraku #WilayahDihatiku


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyambut baik laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atasnya oleh Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai ekoran isu penjualan tanah kerajaan di ibu negara.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut berterima kasih terhadap laporan yang akan dibuat itu serta yakin akan menyerlahkan sisi benar mahupun fitnah dan tohmahan yang dihadapinya termasuk kerajaan.

Menurut Tengku Adnan, terdapat kumpulan yang ditubuhkan pihak tertentu untuk membantah pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan di kawasan mereka dan sekitar Kuala Lumpur.

“Saya tidak akan berkompromi dengan tindakan pihak-pihak tertentu tersebut yang bertentangan dengan undang-undang dan adalah untuk kepentingan peribadi,” katanya melalui satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasrat Kok Wai untuk membuat laporan kepada SPRM terhadapnya berhubung jual beli 45 bidang tanah kerajaan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang didakwa tidak melalui tender terbuka baru-baru ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/terima-kasih-kok-wai-tengku-adnan-1.575285#ixzz51fY1RngC
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 comment:

  1. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...